Biasa dengar daging bakar harimau menangis, kali ini harimau meraunglah pulak. Lengkap dengan resipi pencicahnya sekali. Sedap sungguh bila semua dah bersatu di tekak, terbaiklah resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al-Habibi ini.
Cara buatnya, taklah rumit sangat, kuantiti sos dan kicapnya kena betul ramuannya, barulah menjadi kesedapannya. Ni sukatan asas Cikgu Afy, terpulanglah kalau nak ikut selera masing-masing. Ditambah dengan bahan tumbuk pasti meleleh air liur.
Sambal pencicah yang dikongsikan pun memang mantap dengan gula nisan, sos ikan dan pastinya cili padi. Jom cuba masak, berbaloi untuk dicuba.
RESIPI DAGING HARIMAU MERAUNG
BAHAN-BAHAN :
500gm daging | basuh bersih, perapkan dengan bahan di bawah :
1 senduk kecil sos blackpepper
1 senduk kecil kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada hitam kisar
Secubit dua serbuk kunyit
Sedikit serbuk perasa
Tambahkan bahan tumbuk:
1 batang serai
sehiris nipis halia
1 ulas bawang putih
*Gaul mesra kesemuanya. *Perapkan selama setengah jam.
.
Ads
CARA MEMASAK :
Cara masak daging : 1. Panaskan kuali dengan satu sudu besar minyak. 2. Masukkan daging yang sudah diperap tadi. 3. Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak. *baki sos perapan tadi jangan dibuang* 4. Daging yang dibakar jangan terlebih masak. (Sebab nanti rasa daging kering) *nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar itu tanpa air darah okay dah* 4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya. 5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan tumiskan (saute) seketika. Hirislah daging nipis-nipis.
RESIPI SAMBAL PENCICAH
.
BAHAN-BAHAN :
Ads
.
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi hijau
Sehiris nipis halia
1 relung kecil nisan / gula melaka
4 sudu besar sos ikan
CARA MEMASAK : 1. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong. 2. Masukkan dalam mangkuk. 3. Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus. 4. Perasakan dengan sedikit serbuk perasa, kacau. 5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Kini tiba untuk jemputan rumah terbuka! Pasti ada yang pening nak hidangkan menu apa ya untuk tetamu yang akan datang.
Selain daripada menu nasi, juadah pasta pastinya boleh dipertimbangkan. Selain mudah dimasak, boleh menjimatkan masa tuan rumah dalam menyediakan persiapan. Jom kita tengok 10 resipi pelbagai pasta yang dikongsikan ini.
SUP MAKARONI DAGING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni | rebus dan tos 200gm daging | rebus & simpan airnya 1/2 batang seleri 3-4 biji padi | hiris Sedikit hirisan daun bawang & daun sup 1 batang serai | titik Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, & buah pelaga) 1 sudu makan rempah sup 1 sudu makan rempah kurma 1 sudu teh serbuk lada sulah 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja Garam & gula secukup rasa 1 sudu makan minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 cm halia 2 cm lengkuas 5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih
1. Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, rempah penumis dan bahan kisar hingga wangi. 3. Setelahnya masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air. 4. Tumis hingga pecah minyak, tambahkan air rebusan daging. Jika tidak cukup kuah tambah sedikit air. 5. Setelah kuah sup mendidih, masukkan hirisan daging dengan hirisan batang seleri. 6. Perasakan dengan lada sulah, hirisan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Tutup api. 7. Masukkan makaroni yang telah direbus dalam mangkuk. Tuangkan sup dalam mangkuk macaroni tadi. 8. Kemudian tabur hirisan daun bawang dan sup di atasnya. Sup macaroni sedia dihidangkan.
FETTUCINE KARI UDANG
BAHAN KUAH KARI:
100gm isi dada ayam | hiris nipis & kecil 500ml santan Air secukupnya 1 batang serai | titik 4-5 biji cili padi | hiris 2 keping asam gelugor Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga) 3 sudu rempah kari daging 1 sudu teh serbuk kunyit 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai Garam & gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 cm halia
300gm pasta fettucine | rebus & tos 200gm udang saiz XL | bersih dan goreng 1 keping fish cake | rebus dan hiris nipis 1 keping tauhu | hiris nipis ½ batang lobak merah | hiris batang mancis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis bersama daun kari. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi. 2. Seterusnya masukkan pula bancuhan campuran rempah kari dengan serbuk kunyit. 3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan isi ayam dan hirisan cili dan kacau lagi. Masukkan santan, sedikit air dan asam gelugor. 4. Setelah mereneh, masukkan serai dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa, tutup api. 5. Masukkan pasta fettucine dalam mangkuk, kemudian tuang kuah dan hias atasnya dengan udang goreng termasuk bahan hirisan lainnya. Fettucine kari udang sedia dihidangkan.
FETTUCINE RENDANG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
200 gm pasta fettucine | rebus dan tos 150gm daging kisar 200ml santan pekat 1 sudu makan kerisik 2 sudu makan pes cili kering 1 sudu kecil serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 3 hirisan lengkuas 2 hirisan halia 3 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pes cili dan serbuk kunyit, terus kacau hingga timbul minyak. 3. Seterusnya masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna. 4. Masukkan pula santan, kacau rata dan biarkan mereneh seketika. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Bila kuah hampir pekat masukkan kerisik. Kecilkan api dan terus kacah hingga kuah pekat dan timbul minyak. 6. Setelah cukup rasa. Tutup api. Masukkan fettucine dalam pinggan dan hias di atasnya dengan kari daging kisar. Sedia dihidangkan.
PASTA HALUS LEMAK DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus dan tos 150gm daging salai | hiris nipis 300ml santan pekat Sedikit air 1 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi 3cm kunyit hidup 2 ulas bawang merah 2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Kemudian masukkan air, gaul rata dan renehkan di atas api sederhana. 2. Setelah mendidih tambahkan asam gelugor dan hirisan daging salai. 3. Seterusnya masukkan santan, kacau rata, jika agak pekat tambah sedikit air. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama pasta.
PASTA MASAM MANIS BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus & tos 10-12 biji bebola daging 150ml susu segar Garam dan gula secukup rasa 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos cili 3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah 1 biji tomato 5 biji cili padi 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2 tangkai daun ketumbar 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan santan, sos cili dan tomato, kacau rata. Masukkan bebola daging, kacau lagi. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan pasta dalam pinggan dan tuangkan kuahnya di atas pasta. Pasta sedia dihidangkan.
PASTA SAMBAL UDANG TOMATO
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus & tos 200 gm udang saiz XL | buang kulit & bersihkan 1 biji tomato | buang biji & dadu halus 1 sudu makan sos tomato Garam & gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 3 tangkai cili merah 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 2. Masukkan udang, kacau 2-3 minit. Perasakan dengan sos tomato, garam dan gula secukup rasa. 3. Kacau seketika, setelah cukup rasa tutup api. 4. Masukkan pasta dalam mangkuk, kemudian tuangkan sambal di atas pasta. Pasta sedia dihidangkan.
SUP PASTA AYAM PELANGI
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta sayur-sayuran kanak-kanak 100gm isi dada ayam | hiris kecil 50 gm sayur campur (jagung, lobak merah & kacang hijau) 1 kiub pati ayam 1 sudu makan sos tomato ½ sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos cili Garam & gula secukup rasa 1 sudu makan minyak masak 1 sudu teh lada sulah 1 mangkuk air rebusan pasta
BAHAN CINCANG HALUS:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan cincang hingga wangi. 2. Masukkan air rebusan pasta. Setelah mereneh, masukkan ayam dan kuib pati ayam (telah dihancurkan). 3. Apabila ayam masak, masukkan pula dengan sos tiram, tomato dan cili. 4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukupnya. Tutup api. 5. Masukkan pasta dalam mangkuk, kemudian tuang sup di atasnya. Pasta sedia dihidangkan.
PASTA CENGKERANG GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta cengkerang | rebus & tos 100gm isi dada ayam | hiris kecil 100gm udang | buang kulit & cincang 1 biji bawang besar | cincang halus 3 ulas bawang putih | cincang halus 10 biji cili padi | hiris 2 batang serai | hiris halus 3 helai daun limau purut | hiris halus 2 sudu makan pes tomyam Garam dan gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. 2. Masukkan hirisan cili, serai dan daun limau purut. Kacau seketika masukkan pes tomyam. 3. Tambahkan sedikit air dan masukkan hirisan isi ayam dan udang. 4. Perasakan dengan serbuk pati ayam. garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan pasta cengkerang, gaul rata. Tutup api, pasta sedia dihidangkan.
PASTA SPIRAL GORENG KARI
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta spiral | rebus & tos 1 cawan sayur campur 1 keping fish cake | hiris kecil 100gm isi ayam | hiris kecil 1 kiub pati ayam | hancurkan 2 sudu makan rempah kari 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos cili 2 sudu makan yogurt Garam dan gula secukup rasa Sedikit air rebusan pasta 3-4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. 2. Setelah wangi masukkan bancuhan rempah kari bersama serbuk cili. 3. Setelah timbul minyak tambah di dalamnya sos tomato, cili dan tiram. 4. Kacau rata, kemudian masukkan hirisan ayam dan fish cake. Seketika kemudian tambahkan dengan sayur campur dan sedikit air rebusan pasta. 5. Setelah sekata, masukkan yogurt dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Akhir sekali masukkan pasta, gaul rata dan tutup api. Pasta goreng sedia dihidangkan.
PASTA PENNE GORENG TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta panne | rebus & tos 50gm isi dada ayam | hiris kecil 50g udang | buang kulit & potong kecil 50gm sotong | hiris bulat 50gm hirisan cili benggala merah 50gm hirisan cili benggala hijau 50gm hirisan lobak merah 50gm hirisan kacang buncis 8 biji cili padi | hiris 2 sudu makan tauchu 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan pes cili kering 1 biji bawang besar | cincang halus 4 ulas bawang putih | cincang Garam dan gula secukup rasa 3-4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. 2. Masukkan pes cili, kacau rata, kemudian tambah tauchu. Kacau rata, masukkan pula hirisan isi ayam, udang dan sotong. 3. Seterusnya tambahkan sayur campur dan hirisan cili. 4. Perasakan dengan pati ayam yang telah dihancur, gula dan garam jika kurang masin. 5. Setelah cukup rasa, masukkan pasta dan hirisan cili benggala dan lobak merah, 6. Gaul rata, seketika kemudian tutup api. Pasta sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Jika di pantai timur kuih tepung pasung atau tepong pasong bukanlah asing. Ia menjadi kegemaran masyarakat di sana. Tepung pasung diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti. Ia dibentuk seperti kelongsong. Bentuk dan rasanya memang unik . Sesuai dihidangkan untuk sarapan dan minum petang.
TEPUNG PASUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung beras
50gm tepung ubi
175gm gula merah
200ml air
600ml santan pekat
2 helai pandan disimpul
1 sudu teh garam
Daun pisang untuk kelongsong
CARA MEMBUAT:
1.Sediakan kelongsong daun pisang secukupnya.
2.Satukan gula merah air dan pandan
3.Masak sehingga gula larut/sejukkan kemudian tapis
4.Dalam periuk, satukan tepung beras, tepung ubi, santan dan garam.
5.Masukkan air gula merah dan kacau sebati.
6.Kemudian masak dengan api perlahan sehingga meruap, sentiasa kacau (jangan terlalu pekat ye)
7.Tuang ke dalam kelongsong dan kukus selama 25min sehingga masak
8.Sejukkan sedia dihidangkan.
Sebut je asam pedas, rendang, gulai lemak dan kerabu, perut kenyang pun jadi lapar. Apa lagi bila juada dah depan mata, tak sabar menjamahnya. Kali ini RASA kongsikan tujuh menu kampung yang memang boleh buat kecur air liur. Korang bolehlah cuba ye.
ASAM PEDAS EKOR LEMBU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
GULAI LEMAK PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR HALUS:
CARA MEMASAK:
GULAI LEMAK SIPUT SEDUT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
KERABU AYAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
RENDANG DENDENG BONDA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PENUMIS:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
UDANG MASAK KALIO
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!