Biasa dengar daging bakar harimau menangis, kali ini harimau meraunglah pulak. Lengkap dengan resipi pencicahnya sekali. Sedap sungguh bila semua dah bersatu di tekak, terbaiklah resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al-Habibi ini.
Cara buatnya, taklah rumit sangat, kuantiti sos dan kicapnya kena betul ramuannya, barulah menjadi kesedapannya. Ni sukatan asas Cikgu Afy, terpulanglah kalau nak ikut selera masing-masing. Ditambah dengan bahan tumbuk pasti meleleh air liur.
Sambal pencicah yang dikongsikan pun memang mantap dengan gula nisan, sos ikan dan pastinya cili padi. Jom cuba masak, berbaloi untuk dicuba.
RESIPI DAGING HARIMAU MERAUNG
BAHAN-BAHAN :
500gm daging | basuh bersih, perapkan dengan bahan di bawah :
1 senduk kecil sos blackpepper
1 senduk kecil kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada hitam kisar
Secubit dua serbuk kunyit
Sedikit serbuk perasa
Tambahkan bahan tumbuk:
1 batang serai
sehiris nipis halia
1 ulas bawang putih
*Gaul mesra kesemuanya. *Perapkan selama setengah jam.
.
IKLAN
CARA MEMASAK :
Cara masak daging : 1. Panaskan kuali dengan satu sudu besar minyak. 2. Masukkan daging yang sudah diperap tadi. 3. Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak. *baki sos perapan tadi jangan dibuang* 4. Daging yang dibakar jangan terlebih masak. (Sebab nanti rasa daging kering) *nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar itu tanpa air darah okay dah* 4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya. 5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan tumiskan (saute) seketika. Hirislah daging nipis-nipis.
RESIPI SAMBAL PENCICAH
.
BAHAN-BAHAN :
IKLAN
.
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi hijau
Sehiris nipis halia
1 relung kecil nisan / gula melaka
4 sudu besar sos ikan
CARA MEMASAK : 1. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong. 2. Masukkan dalam mangkuk. 3. Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus. 4. Perasakan dengan sedikit serbuk perasa, kacau. 5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Kerabu suhun memang sangat mudah cara penyediaannya, tak perlu pun masak berjam-jam hanya perbanyakkan menggaul bahan sehingga sebati segala bahannya dan dah siap! Sesuai sangat resipi kerabu suhun ni untuk orang yang sukakan menu ringkas tapi sedap. Resipi Kerabu Suhun yang dikongsikan oleh Cik Ning Haniey di Facebook ada menggunakan kerang dan sotong dalam penyediaan Kerabu Suhun ni memang sangat istimewa rasanya. Jom kita cuba resipi Kerabu Suhun ni.
RESIPI KERABU SUHUN
BAHAN-BAHAN:
Kobis jepun
Lobak merah
Jus limau nipis
Bawang merah
Cili padi merah/hijau
Kerang
Sotong
Suhun
Gula
Garam
Perisa
Cuka
Kicap
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan bekas yang sesuai untuk menggaul kesemua bahan.
Masukkan garam, gula, cuka, dan kicap mengikut selera masing-masing.
Masukkan bahan lain seperti lobak merah, cili, bawang, sedikit jus perahan limau nipis, sotong (direbus), dan kerang (direbus) boleh cuba rasa dahulu dan tambah apa yang patut jika kurang rasa.
Masukkan suhun yang telah dicelur gaul sehingga sebati dan serasi.
Bulan Ramadan penuh keberkatan kian menjelang. Bila tiba saat ini, para ibu tentunya antara yang paling sibuk menyediakan sajian sahur buat keluarga tercinta. Bangun awal untuk memasak sahur menjadi satu cabaran terutamanya bagi ibu-ibu yang berkerjaya. Ya…Tidak semudah yang disangka. Menyediakan juadah segar, sedap, bernutrisi lengkap dalam masa terhad tentunya menguji mental dan fizikal si ibu. Oleh itu menu yang ringkas, mudah dimasak dan pada masa yang sama digemari oleh orang dewasa serta kanak-kanak antara yang sentiasa menjadi pilihan.
Perencah Nasi Goreng Seri-Aji® adalah ramuan terbaik yang anda perlukan pada waktu sahur di sepanjang bulan Ramadan ini. Tidak perlu lagi bangun awal dan menghabiskan masa yang lama di dapur. Hanya dalam waktu yang singkat anda boleh hasilkan pelbagai juadah sahur enak penuh khasiat yang memberikan tenaga optimum di sepanjang hari.
Didatangkan dalam empat pilihan membuatkan ibu-ibu bebas memilih perasa kesukaan. Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung, Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina, Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Perisa Ayam dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis, pilih sahaja ikut cita rasa. Hanya tambahkan satu paket kecil 26g ke dalam masakan, tidak perlu lagi perasa tambahan yang lain. Semuanya sudah cukup dan lengkap berperisa. Memang mudah digunakan.
Istimewa buat anda bersempena bulan Ramadan ini, Seri-Aji® berkongsi enam resipi terbaik yang boleh anda cuba untuk sahur. Semuanya cepat dimasak malah lebih berselera untuk dijamah terutamanya jika dimakan panas-panas. Selamat mencuba!
1. NASI ULAM
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan beras – dibasuh
1 1/3 cawan air
1 sudu makan minyak masak
1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g
50gm kacang panjang – dihiris nipis
3 biji kacang botor – dihiris
25gm serunding ayam
½ kuntum bunga kantan – dihiris nipis
3 tangkai daun kesum – dibuang tangkainya
CARA MEMASAK:
1. Satukan beras, air dan minyak masak di dalam periuk nasi bersama Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g.
2. Kacau dan biarkan ia masak.
3. Setelah nasi masak, masukkan kacang panjang, kacang botor, serunding ayam, bunga kantan dan daun kesum.
4. Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.
2. NASI GORENG KAMPUNG KAW
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan minyak masak
30gm ikan bilis
200gm isi ayam – potong kecil
100gm kangkung – potong 3 cm
2 biji telur
4 cawan /550gm nasi putih
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis isi ayam, kangkong dan telur.
3. Masukkan nasi dan tabur Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g. Kacau hingga rata.
4. Masukkan ikan bilis goreng, kacau seketika. Hidangkan segera.
Tip: Dengan menggunakan nasi sejuk, nasi goreng akan jadi lebih sekata.
Tip: Selain nasi sejuk, nasi yang dimasak dengan air yang kurang juga boleh menghasilkan nasi goreng yang lebih sempurna dan sekata.
3. NASI GORENG IKAN MASIN
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan minyak masak
30gm tenggiri masin – basuh dan potong dadu
150gm kalian – potong kecil
2 biji telur
4 cawan /550gm nasi putih
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan goreng tenggiri masing hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis kalian hingga separuh masak.
3. Tambahkan telur dan kacau hingga hancur.
4. Masukkan nasi dan taburkan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g.
5. Tambahkan ikan masin goreng dan gaul rata. Hidangkan panas,
4. NASI GORENG CINA KURMA
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
3 sudu makan minyak masak
200gm isi ayam – potong kecil
50gm kacang pis
50gm lobak merah – potong dadu
2 biji telur
4 cawan /550gm nasi putih
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g
5 biji kurma – potong dadu
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak.
2. Masukkan isi ayam dan kacau hingga separuh masak.
3. Tambahkan sayur dan juga telur. Kacau lagi hingga telur masak sepenuhnya.
4. Kemudian masukkan nasi dan tabur Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g. Kacau sebati.
5. Tambahkan kurma dan kacau lagi hingga rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.
5. NASI GORENG MAKANAN LAUT
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
5 ekor sotong – hiris
10 ekor udang
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g
4 sudu makan minyak masak
50gm lobak merah – potong dadu
50gm kacang panjang – hiris
2 biji telur
4 cawan /550gm nasi putih
CARA MEMASAK:
1. Perap sotong dan udang bersama dengan sedikit Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina.
2. Panaskan minyak masak dan tumis sotong dan udang tadi hingga masak. Ketepikan.
3. Dengan menggunakan kuali yang sama, tambahkan lobak merah dan kacang Panjang. Masak seketika.
4. Tambahkan telur. Kacau lagi hingga masak.
5. Masukkan nasi dan tabur Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g. Kacau rata.
6. Tambahkan udang dan sotong yang telah digoreng tadi. Kacau lagi hingga rata.
7. Hidangkan panas-panas.
6. NASI GORENG CENDAWAN
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan mnyak masak
200gm isi ayam – potong kecil
50gm lobak merah – potong dadu
50gm cendawan butang – hiris
50gm cendawan tiram
2 biji telur
4 cawan /550gm nasi putih
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 26g
1 tangkai daun bawang – hiris
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis isi ayam hingga separuh masak.
2. Tambahkan lobak merah. Tumis lagi seketika.
3. Masukkan cendawan butang dan cendawan tiram. Masak seketika.
4. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi hingga masak sepenuhnya.
5. Masukkan nasi dan tabur Seri-Aji®Perencah Nasi Goreng Cina 26g. Kacau rata.
6. Tambah hirisan daun bawang dan gaul sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.
SERTAI PERADUAN BERSAHUR BERSAMA Seri-Aji® BELI & MENANG HADIAH BERNILAI LEBIH RM20,000!
Sudah beli Perencah Seri-Aji®? Resitnya jangan dibuang tau. Jom sertai Peraduan Bersahur Bersama Seri-Aji® Beli & Menang dan rebut peluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM20,000. Wow!
Caranya mudah sahaja. Bermula 8 Mac 2021-16 Mei 2021 anda hanya perlu:
Beli mana-mana Perencah Seri-Aji ® berjumlah RM5 ke atas dalam 1 resit (termasuk 2 paket Seri-Aji® perencah Nasi Goreng)
Hantarkan penyertaan melalui salah satu cara berikut, lengkapkan maklumat dan hantar bersama gambar resit.
Sardin dalam tin ni, selain dijadikan lauk, inti sandwic dan sebagainya, ia juga sedap dijadikan rencah nasi goreng. Padu! Nampak ringkas namun sangat membuka selera. Bahan-bahan yang mudah dan tidak menggunakan kos yang banyak. Jom cuba!
NASI GORENG SARDIN POWER
BAHAN-BAHAN:
2 potong ikan sardin bersama kuahnya
1 mangkuk nasi
1 biji bawang merah
2 ulas awang putih
1 tangkai cili kering | digoreng tanpa minyak dan digunting halus
1 sudu makan pes cili kering
Daun bawang secukupnya
Garam secukup rasa | gula jika perlu
Minyak masak
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...