Berkunjung di kediaman Datin Sri Eima, memberi peluang kepada penulis untuk mencuba menu  autentik Sarawak dan Perak yang sangat sedap, ternyata isteri kepada Datuk Sri Abang Aditajaya, ahli perniagaan dari Sarawak ini pandai memasak dan baking. Cuma semasa kunjungan kami, beliau tidak sempat baking kerana agak kesuntukkan masa.

Daging Hitam Gula Apong & Rendang Jering, Terbaik  Air Tangan Datin Sri Eima.

“Sebenarnya kalau nak ikutkan minat saya lebih suka baking dari memasak. Tetapi memasak ini adalah keperluan rutin, jadi setiap hari kalau tak masak pun saya kena juga sediakan hidangan untuk keluarga, berbanding baking, selalunya bila saya ada masa lapang atau bila birthday anak-anak.

“Hari ni, agak sibuk sikit, saya tak sempat baking,  cuma sempat sediakan  beberapa jenis lauk untuk RASA cuba. Daging Hitam Gula Apong ni adalah kegemaran suami kerana dia orang Sarawak. Menu ini saya belajar dengan arwah ibu metua sampai menepati rasa seperti diinginkan suami.  Jadi ini adalah menu wajib keluarga saya bila Hari Raya atau hari-hari tertentu kami mengadakan keraian,” cerita Datin Sri Eima yang tampil cantik serba putih petang hari itu.

Daging Hitam Gula Apong & Rendang Jering, Terbaik  Air Tangan Datin Sri Eima.

Satu lagi menu yang tidak kurang menariknya, ialah Rendang Jering. Rendang ini adalah menu warisan keluarga Datin Sri Eima yang berasal dari Perak. Ternyata jering yang kuat baunya itu bila diolah menjadi rendang ia sangat sedap, rasa kenyal dan tiada bau, malah lebih sedap dari daging  yang dicampurkan bersama.

Daging Hitam Gula Apong & Rendang Jering, Terbaik  Air Tangan Datin Sri Eima.

“Ini adalah menu turun temurun keluarga saya,  saya pelajarinya dari ibu. Jering yang sesuai untuk dijadikan rendang mestilah jering tua dan ia perlu direbus lama dan  dua tiga kali tukar air sebelum boleh dibuat rendang. Itu sebabnya tak ada bau dan lembut, ternyata bila penulis rasa memang sedap dan rasa macam tak boleh berhenti makan. Memang terbukti sedap. Jika ingin cerita lanjut mengenai Datin Sri Eima boleh dapatkan Majalah Rasa Febuari 2019 ye…

Daging Hitam Gula Apong & Rendang Jering, Terbaik  Air Tangan Datin Sri Eima.

IKLAN

DAGING MASAK HITAM GULA APONG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg  daging batang pinang | hiris nipis
  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 4 sudu makan gula Apong
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 batang serai
  • 3cm lengkuas
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan hirisan daging bersama kicap pekat dan gula Apong, perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan cili kering.
  3. Setelah garing masukkan bahan kisar. Kacau rata hingga timbul minyak.
  4. Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi.
  5. Kacau rata hingga air daging kering.
  6. Akhir sekali perasakan dengan air asam jawa, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
  7. Setelah daging empuk, sedikit garing dan cukup rasa tutup api.
  8. Daging masak hitam sedia dihidangkan.

Daging Hitam Gula Apong & Rendang Jering, Terbaik  Air Tangan Datin Sri Eima.

RENDANG JERING

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

1kg jering | rebus

  • 1/2kg daging | hiris nipis dan kecil
  • 1 litter santan pekat
  • 4 sudu makan kerisik
  • Garam, gula dan perasa secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • 3 sudu makan cili serbuk
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 4 batang serai
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit hidup
  • 20  biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panas minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan daging, kacau rata dan biarkan hingga air daging keluar dan kering.
  3. Tambahkan serbuk cili, gaul rata dan masukkan santan.
  4. Setelah daging empuk masukkan jering yang telah direbus.
  5. Kacau lagi dan masukkan kerisik.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Setelah kuah pekat, taburkan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api.
  8. Rendang jering sedia dihidangkan.

Daging Hitam Gula Apong & Rendang Jering, Terbaik  Air Tangan Datin Sri Eima.

IKLAN

UDANG BERLADO

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang saiz XL | bersihkan
  • 2 batang serai | titik
  • Garam, gula dan perasa secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya  | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji tomato

CARA MEMASAK:

  1. gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam ahalus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar dan serai titik hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah cukup rasa dan garing, tutup api dan masukkan udang yang telah digireng tadi.
  7. Gaul rata dan undang sedia dihidangkan.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI