Daging Kambing Bakar Kunyit Bersama Air Asam Dan Kuah Kicap

Share

Aroma dan rasa kambing bakar sepadan dengan rasa masam, pedas dan masin air asam dan sambal kicap. Kombinasi dua jenis pencicah yang memukau rasa.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
  • Sedikit garam dan kunyit

 

AIR ASAM:

  • 150gm air asam jawa
  • 5 biji cili padi
  • 10gm bawang merah
  • 1 biji cili merah besar
  • 5gm air perahan limau nipis
  • 1 biji bawang besar | mayang
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

SAMBAL KICAP:

  • 20 tangkai cili padi
  • 50gm gula pasir
  • 50ml kicap manis
  • 5gm belacan
  • 10gm bawang merah

 

CARA MEMASAK:

  1. Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
  3. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
  4. Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Sedia dihidangkan.

 

Info chef:  Jangan panggang kambing terlalu masak, kerana tekstur dan rasa daging kambing akan berubah dan mudah keras bila sejuk.

 

Published by
Nur