Daging Kambing Masak Pasamah, Masakan Orang Lama Tetap Disukai Ramai

Share

Ramai juga beranggapan daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi lantas membuat badan terasa panas. Namun sebenarnya daging kambing mempunyai pelbagai manfaat. Kambing mengandungi paras kolesterol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain. Buat yang menggemari daging kambing ia boleh dipelbagaikan menu masakan.

Anda boleh cuba resipi daging kambing masak pasamah, menurut Zakuan r

esipi ini diajar kepadanya oleh arwah toknya.

Bahan-bahan
2kg kambing 
Rempah daging cap Babas-BELI ONLINE DI SINI
10 tangkai cili kering*-BELI ONLINE DI SINI
5 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
1 labu bawang putih *
1 inci halia*
1 sudu serbuk kas-kas
Gula melaka-BELI ONLINE DI SINI
Kerisik-BELI ONLINE DI SINI

1 cawan air

Daun sup

Bawang bulat

Cara memasak:

1.Goreng ke semua bahan-bahan yang bertanda*sampai kuning, Sudah goreng biarkan sejuk baru dikisar bahan-bahan ini.

2.Kemudian ambil bahan-bahan yang dikisar dan tuang dalam kuali. Masukkan rempah dan kambing. Masak sehingga naik minyak dan wangi dalam masa 20 minit.

3.Bila dah naik minyak dan  wangi, masukkan kerisik,gula melaka,garam dan air 1 cawan,masak dalam 5 minit masukkan daun sup dan bawang bulat

4. Masak dalam masa 3 minit , siap untuk  dihidang.

Kredit : Zakuan Laris P
#mahn

Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.

 

Published by
Putri