Daging Kerutup Terengganu Resipi Turun Temurun

Share

Masak daging cara Terengganu yang enak Daging Kerutup turun temurun. Sangat sesuai makan berama nasi minyak, nasi dagang atau nasi putih.

DAGING KERUTUP TERENGGANU

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg Daging Batang Pinang – dipotong besar
  • 1 biji kelapa – ambil 1 cawan santan pekat dan asingkan santan cair
  • 3-4 sudu besar rempah kerutup
  • 1/2 inci halia – diketuk
  • 1 inci lengkuas – diketuk
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Nisan/Gula kerek – jika tiada ganti dengan gula biasa
  • 4 sekawan 1 kulit kayu manis
    1 biji bunga lawang
    4 biji pelaga
    4 biji cengkih

BAHAN-BAHAN TUMIS

  • 1/2 inci halia
  • 10 Ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

 

BAHAN KISAR

  • 1 biji bawang besar merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis rempah 4 sekawan, bawang yang dikisar dan cili sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, gula kerek, halia, kerisik dan lengkuas yang diketuk. Kacau dan biarkan seketika sehingga daging kecut sedikit dan baru masukkan santan cair.
  4. Biarkan sampai daging empuk. (Daging batang pinang tidak perlu masak lama dan jika bahagian lain biar reneh lama salam 2-3 jam)
  5. Bila daging sudah empuk masukkan santan pekat dan garam, biarkan sehingga pecah minyak.

 

Kredit: Cik Tie

 

 

Published by
Zera Naim