Daging lembu sebenarnya sangat sedap kalau pandai dimasak dengan betul. Teknik menggoreng adalah salah satu cara memasak daging yang sedap dan menyelerakan. Kali ini RASA nak kongsikan cara masak daging goreng sos tiram bersama kacang pis.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
Ads
Bahan Perapan Daging
500 gram daging (hiris nipis)
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
* Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Ads
Bahan Tumis
4 ulas bawang putih (cencang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 cm halia hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain
3 sudu makan minyak masak
400 gram kacang pis (bersihkan)
1/2 biji cili benggala (dihiris)
Garam gula secukupnya
Ads
Cara membuat
1. Campurkan semua Bahan Perapan Daging. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 20 minit.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan Bahan Tumis sehingga wangi.
3. Seterusnya masukkan daging yang diperap. Kacau rata sehingga keperangan (lebih kurang 4-5 minit).
4. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala. Kacau 3 minit.
5. Tuangkan bancuhan Bahan Sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Daging Masak Kicap Juicy, menu tambah selera. Kalau selalu buat Daging Masak Kicap berkuah apa kata cuba resipi versi lain pula. Nampak memang sangat menyelerakan.
Resipi yang dikongsi oleh Kaseh Aryssa di laman Facebook Masak Apa Hari Ini cukup tersendiri. Daging kicapnya nampak berjus dan mengujakan.
Menurut empunya resipi ia cukup sedap tambah pula dimakan dengan nasi panas. Bagi yang suka pedas boleh letak cili padi banyak-banyak. Makan macam ni memang tak cukup nasi sepinggan.
Daging Masak Kicap Juicy
BAHAN-BAHAN:
Daging – hiris nipis
Kicap cair
½ sudu besar baking soda
1 sudu besar tepung jagung
Bawang holland – hiris bulat
Bawang putih – hiris
Capsicum – hiris memanjang
Daun bawang
Kicap manis
Sos tiram
Cuka
Bahan perasa
CARA PENYEDIAAN:
Bancuh kicap cair, baking soda, tepung jagung. Kemudian masukkan daging dan perap seketika
Goreng bawang holland dan bawang putih dengan sedikit minyak. Bawang dah bertukar kekuningan ketepikan dan masukkan daging.
Biarkan daging dalam kuali tak perlu dikacau (supaya melekat sedikit warna kuning pada hirisan daging)
Bila daging dah separuh masak, kacau supaya daging masak rata.
Masukkan kicap, sos tiram, cuka dan bahan perasa. Gaul sebati.
Masukkan capsicum, gaul sebati dan sehingga masak.
Daging goreng kunyit bunyinya sangat lazat dan ringkas. Namun, jika anda mahukan stail yang lebih berempah, apa kata cuba resepi daging goreng ala Thai, yang lebih banyak rencah dan pastinya lebih ‘rasa’ pada setiap gigitan.
RESIPI DAGING GORENG THAI STYLE
BAHAN-BAHAN:
800gm daging
5 sudu makan biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
1 sudu makan lada hitam (dikisar/ditumbuk)
2 sudu makan sos tiram 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Mentega
(Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih.. Perap 30 minit atau 2 jam)
Bahan-bahan untuk sos:
Serbuk cili Thai
Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Musim bola ni memang sedap kalau layan menu ala carte yang mudah, cepat dan sedap. Sesuai makan panas-panas sambil menonton bola sepak Piala Dunia. Tak sampai 10 minit siap masak, janji semua bahan ada dalam dapur. Anda yang bujang, apa tunggu lagi jom tunjuk skil memasak.
PAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian tokan
1 batang fish cake | hiris memanjang
100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
2 biji telur
50gm tauge
50gm daun kucai
4 tangkai cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2 ulas bawang merah | cincang halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
Seterusnya masukkan pula fish cake dan udang.
Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
Tutup api, Pad Thai Udang sedia dihidangkan.
SPAGETI GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti | rebus dan tos
2 biji telur
100gm udang | buang kulit dan kepala
1 batang fish cake | hiris
4 biji tauhu kering | hiris
100gm sawi hijau | hiris 3cm
2 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
3 ulas bawang putih | titik
1/2 biji bawang besar | dadu halus
3 biji cili padi | titik
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan pula udang.
Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos ikan.
Kacau seketika, masukkan pula spageti, terus kacau.
Pecahkan telur di dalamnya dan masukkan sawi. tauhu dan cili yang telah dititik tadi.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
NASI GORENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
150gm daging | hiris kecil
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan daging.
Gaul rata, kemudian masukkan nasi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.