Daging lembu sebenarnya sangat sedap kalau pandai dimasak dengan betul. Teknik menggoreng adalah salah satu cara memasak daging yang sedap dan menyelerakan. Kali ini RASA nak kongsikan cara masak daging goreng sos tiram bersama kacang pis.
Bahan Perapan Daging
Bahan Sos
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
* Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Bahan Tumis
4 ulas bawang putih (cencang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 cm halia hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain
3 sudu makan minyak masak
400 gram kacang pis (bersihkan)
1/2 biji cili benggala (dihiris)
Garam gula secukupnya
Cara membuat
1. Campurkan semua Bahan Perapan Daging. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 20 minit.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan Bahan Tumis sehingga wangi.
3. Seterusnya masukkan daging yang diperap. Kacau rata sehingga keperangan (lebih kurang 4-5 minit).
4. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala. Kacau 3 minit.
5. Tuangkan bancuhan Bahan Sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba!