Daging masak hitam ala kenduri ini memang sedap. Lagi lama masak lagi sedap. Sering kali dihidangkan ketika majlis kenduri-kendara seperti kenduri kahwin. Tapi, bulan puasa macam ni, jarang sangat orang buat kenduri Kahwin. Tekak pula tiba-tiba teringin nak makan.
Ha…apa lagi. Masak sendiri lah kat rumah. Boleh ikut resipi yang dikongsikah oleh puan Rusfaniza Abu Majid ini. Makan waktu buka sedap, buat makan waktu sahur pun sesuai. Selamat mencuba ye!
Perap daging dengan kicap manis dan kicap pekat serta cili kering kisar. Seeloknya perap selama 2-3 jam. Barulah sedap sebab rempah dah sebati dengan daging.
Sementara tunggu daging diperap, kisar dulu bawang besar, bawang putih, halia (dalam bekas biru).
Kemudian kisar pula serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam (bekas pink).
Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan. Kemudian masukkan bahan kisar dalam bekas biru.
Apabila bawang dah garing, masukkan rempah dalam bekas pink pula. Kacau sekata.
Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan daging. Gunakan api perlahan dan jangan letak air kerana nanti daging keluar air.
Ads
Masak sampai kering (macam dalam gambar).Kalau ikutkan sudah ada rasa masin dan manis dan tak perlu masuk garam dan gula lagi. Tapi kalau suka manis sedikit, letak jugak 2 sudu besar gula.
Nak sedap, masak hingga 3 jam ye. Memang lama tapi tapi berbaloi Bila air daging keluar nanti, perlahankan api dan tutup kuali. Sebaik daging kering, lembutlah daging tu. Selamat mencuba ye!
Ramai sukakan Kari Daging Tetel Rebung, hingga ada pelbagai versi kari seumpamanya, asalkan ia bersesuaian dengan selera keluarga. Anda yang belum pernah masak atau makan, berikut dikongsikan resipinya yang boleh anda cuba sendiri, kerana menu dari air tangan itu adalah lebih baik untuk disajikan kepada ahli keluarga, kurang sendikit rasa tak mengapa, bila selalu buat nanti gerenti akan mendapat masakan kari yang sedap
KARI DAGING TETEL REBUNG BAHAN-BAHAN:
600gm daging tetel | potong kecil dan rebus empuk
500ml santan pekat
300gram rebung madu | potong kecil dan celur
2 biji tomato | cincang kasar
3 labu bawang besar | mayang halus
10 ulas bawang merah | kisar halus
5 ulas bawang putih | kisar halus
3sm halia | kisar halus
4 sudu makan serbuk kari daging
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk.
Tumis bawang besar dan tomato hingga layu dan keperang-perangan.
Masukkan buah pelaga, bunga lawang, dan daun kari hingga wangi.
Satukan rempah kari daging dengan campuran bawang kisar. Campur sedikit air dan kacau hingga menjadi pes yang pekat.
Tuang ke dalam periuk dan tumis bahan-bahan rempah hingga terbit minyak.
Masukkan daging dan sedikit air. Didihkan hingga daging benar-benar empuk.
Masukkan santan dan rebung. Masak lagi hingga semua bahan masak sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan umbut kelapa mengantikan rebung. Ikut citarasa
Bergedil Daging jika kita beli di luar harganya agak mahal, lagi-lagi kalau Bergedil Daging. Kadang-kadang banyak rasa ubi je, ayam atau dagingnya tak terasa pun. Mari buat sendiri Bergedil Daging. Boleh letak lebih daging. Puas makan. Berikut resipi cara buat Bergedil Daging yang dikongsikan oleh Koleksi Resipi Puan Puan Sharifah Shaari. Selamat mencuba!
RESIPI BERGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN:
500 gm ubi kentang. Dikupas dan hiris setebal 1/2 sm –BELI ONLINE 100 gm daging pejal 1 biji bawang besar (dimayang) 1 tangkai daun bawang (dihiris halus) 1 sudu teh serbuk lada hitam –BELI ONLINE 2 biji telur Garam secukup rasa –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kentang dan bawang. Potong daging kasar.
2. Masukkan daging dalam pengisar dan kisar. Jika tiada pengisar, cincang sampai lumat.
3. Masukkan ubi, bawang, garam dan serbuk lada hitam. Bagi beginners, masukkan setengah biji telur supaya tak mudah pecah semasa dibalikkan ketika menggoreng. Kisar.
4. Keluarkan adunan dan gaul sebati dengan daun bawang.
5. Bentukkan bulat dan leperkan.
6. Celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak banyak di atas api sederhana. Balikkan dan angkat. Siap untuk dihidangkan.
Ada yang teringin nak makan bergedil daging? Selalu sangat beli muak juga rasanya. Apa kata buat sendiri ikut resipi Marina Ismail.
Kak M nak share resepi bergedil favorite kak M. So far resepi ni paling best pada tekak kak M. Seriyes, rasa dia sedap sangat tau. Sebenarnya hari ini kak M buat tak ikut sukatan pun. Resepi tu guideline je.
Begedil buat sendiri mestilah best sebab kita boleh letak banyak mana bahan kita nak. Resipi ni berbeza sikit sebab daging kisar digoreng tanpa minyak pastu telur kuning dimasukkan dalam adunan. Jadi mudah melekat dan senang nak kepal.
Begedil Daging
Bahan bahan:
500gm ubi kentang
200 gm daging kisar – goreng tanpa minyak
2 teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup – dihiris halus
1/2 labu bawang besar – dipotong dadu
2 biji telur ayam – asingkan kuning dan putih
Garam secukup rasa
Cara cara:
1. Mula –mula kupas kentang dan potong sederhana nipis. Basuh dan toskan. Goreng sampai masak, angkat dan toskan. Tumbuk sehingga lumat masa tengah panas. Letak tepi dulu.
2. Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata lepas tu perasakan dengan garam. Pastu masukkan telur kuning. Ambik sikit adunan pastu kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan pulak sedikit. Buat sampai habis.
3. Dalam bekas lain, pukul telur putih. Celupkan setiap begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas.
4. Minyak tak payah banyak sangat, nak tenggelam separuh begedil pun boleh. Tapi kak M suka guna minyak sikit saja sebab guna non-stick pan. Nak gunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk celup pun boleh.
4. Guna api sederhana je.
Tip supaya begedil ni tak pecah, jangan balikkan begedil sampai dia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna dah tukar dan angkat. Insyallah begedil tak pecah, gorengnya pun lawa. Dah masak, angkat dan tos atas tisu dapur. Nak makan dengan soto boleh nak makan camtu aje pun sedap tau.