Untitled design - 2019-08-01T135937.925

Menu daging memang menjadi kesukaan ramai. Ada yang suka digoreng begitu saja. Sedap juga kalau daging ditumis seperti resipi yang dikongsi oleh Puan Najwatul. Menurutnya resipi ini dikongsi oleh jirannya. “Tak pernah saya makan daging masak hitam sedap sangat. Sampaikan suami suruh saya mintak resipi dengan akak belakang rumah saya ni.Lalu, saya meminta resipi ini dekat jiran saya. Jadi saya cuba buat. Memang terbaik dan sedap. Ibu – ibu yang bekerja pun boleh buat masakan ini,” cerita Najwatul.

Jom kita tengok resipinya.

DAGING MASAK HITAM

Bahan menumis A

1-2 batang kulit kayu manis 

1-4 biji buah pelaga 

1-3 kuntum bunga Lawang 

2 batang serai ( diketuk)

Daun kari ( ikut suka)

Bahan Menumis ( KISAR ) 

4 ulas bawang putih

IKLAN

2 ulas bawang besar 

Halia ( sebesar ibu jari)

2 batang serai 

Cara memasak:

1.Kisar bahan- bahan di atas sampai lumat. Kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.

2.Seterusnya kisar sekali lagi bahan- bahan berikut:

  • Cili kering( agak-agak, kalau nak pedas boleh letak banyak)
  • 2 ulas bawang besar (  Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap)
  • Perencah kari daging ( jenama apa pun tak apa. Saya letak setengah je )

3. Bila bahan yang ditumis tadi sudah kering sedikit, masukkan bahan-bahan yang baru dikisar tadi. Masak sampai pecah minyak.

IKLAN

4. Sambil itu rebus daging. Air daging jangan dibuang.

5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air daging,daging, kicap kipas udang atau kicap mudim.

6. Akhir sekali masukkan garam,gula, ajinomoto, perencah masakan mengikut citarasa anda.

7. Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit, tutup api dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Kredit : Najwatul Farhana Md Fazli

IKLAN

#mahn

INGIN MENCARI MIXER DAN MESIN MEMPROSES MAKANAN, JOM LAYARINYA DI SINI.

 

Manisan Dari Vietnam Yang Sangat Sedap

Ni Dia 4 Jenis Gulai Lemak , Kesedapannya Melekat Di Ingatan

Langkah Mudah Masak Nasi Goreng Kambing Yang Super Sedap.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI