Daging masak hitam ini antara lauk kegemaran ramai. Sudah pasti juga lauk ini akan kita sediakan di bulan Ramadan yang akan menjelma beberapa minggu saja lagi.
Alang-alang terus buat lauk ini untuk disejuk beku. Resipi daging masak hitam sedap boleh ikut perkongsian Rozaini Abu Bakar.
1/2 kg daging -dipotong
1 sudu kecil jintan manis*
3 ulas bawang putih*
1 sudu kecil jintan putih*
1 sudu besar ketumbar*
2 labu bawang besar*
3 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar (hiris)
1 inci halia*
2 sudu besar rempah kati daging
1/2 cawan kicap pekat (kalau tak cukup hitam boleh tambah lagi)
Daun kari
Daun pandan
3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
1. Sangai jintan manis, jintan putih, ketumbar sampai wangi. Kisar bersama bahan bertanda *.
2. Tumis rempah tiga sekawan, masukkan bawang yang dihiris dan daun kari.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai wangi.
4. Letak daun pandan, cili kering dan rempah kari daging. Tumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan daging, masukkan kicap pekat. Tak perlu tambah air. Waktu ini daging memang tak kelihatan hitam, selepas kuah pekat barulah akan berubah warna.
6. Biar mereneh atas dapur, gunakan api perlahan. Bila agak kering boleh perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kacau seketika dan boleh tutup api. Siap.
Kredit resipi & foto: Rozaini Abu Bakar
Artikel berkaitan: Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap