Makan

Daging Masak Hitam, Ini Resipi Mudah & Cepat Nak Buat. Makan Dengan Nasi Memang Sedap!

Share

Daging Masak Hitam ini rupanya mudah dan cepat sahaja untuk disediakan. Rebus dan hiris nipis siap-siap baru senang nak masak. Boleh buat untuk lauk makan malam dan juga makan tengah hari.

Daging masak hitam adalah lauk yang sesuai dimakan dengan nasi, bubur nasi ataupun nasi himpit. Daging yang dihiris nipis, kemudian dimasak sebegini memang sedap sekali. Tidak perlu banyak lauk lain, lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk menambat selera.

Jangan lupa cuba nanti resipi yang dikongsikan ini.

DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN

1/2 kilo daging (direbus dan dihiris nipis)
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering*
3 biji buah keras*
1 inci halia*
3 batang serai*
Minyak masak untuk menumis
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
2 tangkai cili hijau (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 labu bawang besar (hiris bulat)

CARA MEMBUAT

1. Daging direbus dan dipotong nipis. Simpan air rebusannya.
2. Kisar bahan bertanda (*)
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Apabila sudah agak garing, masukkan daging.

4. Masukkan kicap manis dan air rebusan daging. Kacau.
5. Masukkan air asam jawa dan gula melaka. Kacau lagi.

6. Masukkan garam. Taburkan cili hijau dan cili merah. Masukkn bawang besar yag dihiris bulat. Kacau lagi. Kemudian, biarkan seketika. Matikan api.
7. Hidang dan taburkan bawang goreng.

TIP: Buah keras wajib ada kerana itulah bahan yang menjadikan rasa daging ini lemak-lemak dan sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Hidayati Hana

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN