Selain dimasak rendang atau dendeng, daging masak hitam adalah salah satu yang sangat menyelerakan. Nak buat daging masak hitam yang senang tapi sedap? Cubalah resipi ni. Ini resipi untuk 1 kilogram daging. Kalau nak buat sikit, pandai-pandai bahagikan jumlah bahan-bahannya ya.

DAGING MASAK HITAM

Daging Masak Hitam, Manis Pedas Menyelerakan

Ads

BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 1 kg daging

Rempah 4 sekawan
• Cengkih
• Bunga lawang
• Buah pelaga
• Kayu manis

BAHAN KISAR
• 2 labu bawang besar
• 5 ulas bawang kecil
• 5 Ulas bawang putih
• 1 biji buah keras
• Seruas ibu jari halia
• Seruas ibu jari lengkuas
• 3 batang serai
• 1 sudu besar jintan putih
• 1 sudu besar jintan manis
• 1 Sudu besar lada hitam
• 2 Sudu besar biji ketumbar
• 10 biji cili merah

Ads

BAHAN PERASA
• Kicap manis
• 3 Sudu besar kerisik
• Garam dan gula secukupnya
• Air asam jawa
• Daun kari
• Daun limau purut

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan.
2. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau dan garing.
3. Setelah semua bahan tumis sebati dan naik bau wangi masukkan daging.
4. Kecilkan api dan reneh sehingga daging mengeluarkan air dan lembut, tutup kuali. Jika tak cukup lembut boleh tambah air lagi.
5. Setelah daging sudah lembut dan sebati tambahkan Bahan Perasa. Masak sampai seimbang rasa pedas, manis, masin, masam. Biarkan seketika sehingga kering and keluar minyak.

Ads

Selamat mencuba!

Resipi oleh Khairun Nisa Ismail dari Telegram KakiMakan 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI