Cara masak macam masak kari , tapi tambah sedap bila ditambah kicap Selain daging boleh juga diganti ayam, ikan atau sotong.
Apa pun masa menumis, pastikan ia betul-betul pecah minyak dengan aroma wangi rempah kari tuh. Jom semak resipi perkongsian dari June Ahmad…
DAGING MASAK KICAP BEREMPAH
Ads
BAHAN-BAHAN :
1 kilo daging @ 1 ekor ayam @ ikan @ sotong
3 sudu rempah kari daging babas
5 sudu kicap soya pekat
5 sudu kicap manis ** kicap ikut suka citarasa, nak warna gelap boleh tambah lagi kicap pekat.
Garam secukup rasa
Serbuk perasa | jika suka
3 asam keping
1 biji bawang besar
Beberapa tankai cili padi | ikut tahap kepedasan disukai
2 tangkai daun kari
Minyak dan air secukupnya
Bahan tumis:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawag merah
1.4 sm halia
1 kayu manis
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 bunga cengkih
CARA MEMASAK :: 1.Panas minyak, masuk bahan tumis bila dah kekuningan masuk rempah kari dan daging. Masak hingga daging agak lembut.
2.Selepas itu masuk kicap pekat, kicap manis, garam, perasa dan asam keping dan air secukupnya.
3.Kuah ikut citarasa nak pekat atau cair sedikit. 4. Akhir sekali masuk bawang besar, cili padi dan tabur daun kari 5. Kacau rata , hidangan boleh disajikan
NOTA :
Ads
Sesuai juga makan dengan apa apa nasi tumis seperti nasi minyak.
Kalau buat ayam @ ikan, goreng separuh masak dulu, bila dah siap kuah semua baru masuk ayam dan ikan tadi, masak sekejap dan masukkan bahan-bahan lain.
Teringin nak makan mi udang. Nak beli, kadang tak sesuai dengan harga. Mahal tapi udang tak banyak. Kalau ada pun, mungkin udangnya kurang segar. Ha, kalau macam tu, apa kata masak sendiri mi udang ikut selera kita.
RASA kongsikan resipi mi udang. Boleh cuba buat hujung minggu nanti. Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
MI UDANG KUAH PEKAT
BAHAN-BAHAN
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
BAHAN KISAR
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
BAHAN HIASAN
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur rebus
• limau nipis / kasturi
CARA MEMBUAT
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Menu udang selain dimasak sambal, gulai lemak, kari, digoreng kunyit boleh juga dibuat udang celup tepung. Sama seperti ikan celup tepung atau ICT hidangan udang sebegini juga enak diratah kerana tekstur yang rangup. Bagi yang teringin boleh gunakan resipi perkongsian Nur Masri ini untuk mendapatkan hasil udang celup tepung yang rangup krup krap.
Cara buat udang celup tepung rangup
Bahan-bahan
Udang -dibersihkan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
Serbuk kunyit
3 ulas bawang putih -ditumbuk halus
Serbuk cukup rasa
Garam
1 biji telur
1/4 sudu kecil kapur makan
Air secukupnya
Cara memasak
1. Campurkan semua adunan, gaul sebati. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
2. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan udang yang disalut tepung.
4. Goreng hingga masak dan udang garing. Angkat dan toskan.
Siapa suka makan tenggiri jeruk ni? Ha…Selain sedap digoreng bersama bawang dan cili, tenggiri jeruk ini juga boleh digunakan untuk masak lauk Kailan Ikan Masin, Nasi Goreng dan sebagainya. Memang sedap! Tapi jika dibeli, satu botol tu harganya berbelas ringgit. Mahal kan? Sebenarnya puan-puan boleh buat tenggiri jeruk ni secara homemade. Caranya sangat mudah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Mahana Anzel Mua ni.
TENGGIRI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kepingan ikan tenggiri
Garam halus secukupnya (boleh juga guna garam kasar. Lebih elok.)
Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan dan lap dengan tisu bagi mengeringkan airnya. Jemur lebih kurang 4 jam.
2. Angkat ikan dan lumurkan dengan garam secukupnya. Lebih bagus jika guna garam kasar.
3. Seterusnya masukkan ikan ke dalam bekas berpenutup dan tuang minyak masak secukupnya.
4. Ikan yang telah siap dimasukkan minyak.
5. Tutup bekas dan biarkan ikan dijeruk selama beberapa hari. Simpan diluar sahaja dan tidak perlu diletak dalam peti sejuk.
6. Untuk menikmatinya, keluarkan ikan jeruk dan masak ikut citarasa anda.
TIP:
Untuk elak lalat kerumun sewaktu dijemur, renjis sedikit cuka pada ikan.
Jika buat ikan jeruk seekor ( tanpa potong), selepas dibersihkan, terus jemur. Kemudian barulah masukkan garam dalam perut ikan.
Minyak yang digunakan untuk jeruk ikan, boleh diguna kembali untuk menjeruk ikan lain.