Cara masak macam masak kari , tapi tambah sedap bila ditambah kicap Selain daging boleh juga diganti ayam, ikan atau sotong.

Apa pun masa menumis, pastikan ia betul-betul pecah minyak dengan aroma wangi rempah kari tuh. Jom semak resipi perkongsian dari June Ahmad…

DAGING MASAK KICAP BEREMPAH

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya

BAHAN-BAHAN :

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya

IKLAN
  • 1 kilo daging @ 1 ekor ayam @ ikan @ sotong
  • 3 sudu rempah kari daging babas
  • 5 sudu kicap soya pekat
  • 5 sudu manis
    ** kicap ikut suka korang… nak warna gelap lg blh tambah kicap pekat…
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 3 asam keping
  • 1 bwg besar
  • cili padi sikit
  • 2 tangkai daun kari
  • minyak dan air secukupnya

Bahan tumis:

  • 5 ulas bwh putih
  • 5 ulas bwg merah
  • Halia
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 4 bunga cengkih

CARA MEMASAK ::
1.Panas minyak, masuk bahan tumis bila dah kekuningan masuk rempah kari n daging. Masak hingga daging agak lembut.

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya
2.Selepas itu masuk kicap pekat, kicap manis, garam, perasa n asam kpg dan air secukupnya.

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya
3.Kuah ikut ler nak pekat2 atau cair sikit.
4. Akhir sekali masuk bwg besar, cili padi n tabur daun kari… ermmm wangiiiii…
5. Kacau rata dah siap

IKLAN

** sesuai juga makan dgn apa2 jenis nasi minyak… 😋😋

** kalau buat ayam @ ikan, goreng separuh masak dulu, bila dah siap kuah semua baru masuk ayam n ikan tadi, masak sekejap dan masuk ler bahan lain2 tu.

Daging Masak Kicap Berempah, Memang Asli Kesedapannya

IKLAN

Kredit foto & resipi : June Ahmad

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:

DAN JUGA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/menu-masakan-kampung-gerenti-sedap/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI