Daging Masak Kicap Juicy, menu tambah selera. Kalau selalu buat Daging Masak Kicap berkuah apa kata cuba resipi versi lain pula. Nampak memang sangat menyelerakan.

Resipi yang dikongsi oleh Kaseh Aryssa di laman Facebook Masak Apa Hari Ini cukup tersendiri. Daging kicapnya nampak berjus dan mengujakan.

Menurut empunya resipi ia cukup sedap tambah pula dimakan dengan nasi panas. Bagi yang suka pedas boleh letak cili padi banyak-banyak. Makan macam ni memang tak cukup nasi sepinggan.

Daging Masak Kicap Juicy

Daging Masak Kicap Juicy, Lauk Makan Nasi Bertambah-tambah

BAHAN-BAHAN:

Daging – hiris nipis

Kicap cair

Ads

½ sudu besar baking soda

1 sudu besar tepung jagung

Bawang holland – hiris bulat

Bawang putih – hiris

Capsicum – hiris memanjang

Daun bawang

Kicap manis

Sos tiram

Cuka

Ads

Bahan perasa

Daging Masak Kicap Juicy, Lauk Makan Nasi Bertambah-tambah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bancuh kicap cair, baking soda, tepung jagung. Kemudian masukkan daging dan perap seketika
  2. Goreng bawang holland dan bawang putih dengan sedikit minyak. Bawang dah bertukar kekuningan ketepikan dan masukkan daging.
  3. Biarkan daging dalam kuali tak perlu dikacau (supaya melekat sedikit warna kuning pada hirisan daging)Daging Masak Kicap Juicy, Lauk Makan Nasi Bertambah-tambah
  4. Bila daging dah separuh masak, kacau supaya daging masak rata.
  5. Masukkan kicap, sos tiram, cuka dan bahan perasa. Gaul sebati.
  6. Masukkan capsicum, gaul sebati dan sehingga masak.
  7. Masukkan daun bawang, gaul sebati. Tutup api.
  8. Taburkan sedikit bijan, sedia untuk dihidang.

Kredit: Kaseh Aryssa

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Ads

Daging Masak Kicap Paling Sedap. Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Tangan Mak Mentua

Resipi Masak Rendang Untuk Seekor Ayam, Sekilo Daging

Cara Buat Paru Goreng Crispy Yang Ralit Bila Dimakan

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI