Masakan yang dimasak dengan gaya kampung memang sangatlah sedap.  Kalau ada yang kata tak berapa selera nak makan, cubalah masak dengan cara kampung. Mesti selera akan naik kembali. RASA kongsikan lauk daging masak kicap yang pasti akan membuatkan selera anda bangkit. Dengan rasa cukup pedas manis daging ini, boleh naikkan selera.

 

Ads

DAGING MASAK KICAP

Daging Masak Kicap Kampung Style, Gerenti Jilat Jari

BAHAN-BAHAN
600 gram daging (hiris nipis)
2 biji kentang (belah 8)
Minyak masak untuk menggoreng
3 ulas bawang merah kecil (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 biji cili besar hijau (hiris)
Kicap manis secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng daging. Ketepikan.

Daging Masak Kicap Kampung Style, Gerenti Jilat Jari

2. Goreng kentang. Ketepikan.
3. Kaut minyak masak tadi. Tinggal agak-agak dua sudu besar.
4. Tumis bawang merah dan bawang putih.

Ads

Daging Masak Kicap Kampung Style, Gerenti Jilat Jari

5. Masukkan cili besar hijau.
6. Masukkan daging dan kentang. Gaul rata.
7. Masukkan kicap secukupnya dan kacau. Siap.

Ads

Selamat mencuba!

Kredit resipi: Facebook Lovey City

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI