Masakan yang dimasak dengan gaya kampung memang sangatlah sedap. Kalau ada yang kata tak berapa selera nak makan, cubalah masak dengan cara kampung. Mesti selera akan naik kembali. RASA kongsikan lauk daging masak kicap yang pasti akan membuatkan selera anda bangkit. Dengan rasa cukup pedas manis daging ini, boleh naikkan selera.
BAHAN-BAHAN
600 gram daging (hiris nipis)
2 biji kentang (belah 8)
Minyak masak untuk menggoreng
3 ulas bawang merah kecil (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 biji cili besar hijau (hiris)
Kicap manis secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng daging. Ketepikan.
2. Goreng kentang. Ketepikan.
3. Kaut minyak masak tadi. Tinggal agak-agak dua sudu besar.
4. Tumis bawang merah dan bawang putih.
5. Masukkan cili besar hijau.
6. Masukkan daging dan kentang. Gaul rata.
7. Masukkan kicap secukupnya dan kacau. Siap.
Selamat mencuba!
Kredit resipi: Facebook Lovey City