Salah satu cara sedap nak makan daging adalah dibuat daging masak merah. Rasanya pedas manis dan sangatlah sedap. Boleh dibuat untuk berbuka puasa nanti. Nah, RASA berikan resipiya.
DAGING MASAK MERAH
Ads
BAHAN-BAHAN
• Daging
• Minyak masak untuk menumis
• Bawang putih ketuk
• Cili kisar
• Sos tiram
• Cili sos
• Tomato sos
• Sos ikan
• Bawang holand
• Cili padi
• Cili merah hiris
• Daun sup
Ads
CARA PENYEDIAAN DAGING
1. Daging direbus lembut. Masukkan sedikit pewarna merah.
2. Sejukkan daging dan hiris nipis. Daging disejukkan dahulu supaya senang dipotong dan tak pecah-pecah.
3. Goreng separuh masak.
Ads
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih sampai naik bau.
2. Masuk cili kisar dan tumis sampai garing.
3. Masuk sos tiram, cili sos, tomato sos dan renjis sikit sos ikan.
4. Masukkan bawang holand, cili padi, cili merah dan daun sup. Masukkan air sikit. Kalau mahu berkuah, lebihkan air sedikit.
5. Masukkan daging dan kacau sebati.
6. Masuk garam, gula dan perasa sikit. Seimbangkan rasa masin manis. Sedia dihidang.
Rasa: Jelajah Rasa Nusantara episod ke 8, Adam Didam dan Ili Sulaiman sekali lagi meneroka sajian Malaysia dan Vietnam yang kelihatan sama. Untuk kali ini Adam belajar cara-cara penyediaan Daging Asam manakala Ili mempelajari teknik-teknik menyediakan hidangan Bo Tai Chanh yang merupakan sejenis salad yang menjadi kegemaran rakyat Vietnam. Agaknya apa perbezaan antara kedua-dua hidangan ini ya? Nak cuba? Jom lihat resipi-resipi yang dikongsikan di bawah ini.
1. DAGING ASAM
BAHAN PERAP:
1 keping daging batang pinang
3-4 biji bawang merah kecil – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 inci kunyit – kisar
2 batang serai – kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN AIR ASAM:
Asam jawa
Belacan
Air
Bawang kecil
Cili padi
Tomato
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Kisar bahan perap ( kecuali daging, garam dan gula ) hingga halus. Lumurkan pada daging, tabur garam dan gula secukupnya. Gaul rata dan perap seketika.
2. Letakkan sedikit minyak ke dalam kuali, panggang daging selama 10 minit (5 minit setiap bahagian) dengan api sederhana besar. Biarkan daging rehat seketika.
3. Untuk hasilkan air asam, masukkan air, asam jawa, diikuti dengan belacan, bawang kecil, cili padi, tomato, garam dan gula.
4. Hiris daging nipis dan hidangkan bersama air asam.
Tonton video resipi Daging Asam:
2. BO TAI CHANH ( SALAD DAGING VIETNAM)
BAHAN-BAHAN:
500gm stik tenderloin
3 sudu makan jus limau atau lemon.
BAHAN SAYUR-SAYURAN:
¼ cawan bawang putih -cincang kasar
¼ cawan batang daun ketumbar -cincang kasar
¼ cawan daun ketumbar -cincang kasar
Daun salad, lobak merah dan tomato
1 cawan taugeh
½ cawan bawang
1 batang serai
1 biji cili padi
BAHAN HIASAN:
4 biji limau nipis
2 sudu makan kacang tanah yang digoreng
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun limau purut – cincang kasar
1 paket keropok udang
BAHAN SOS NUOC CHAM
2 sudu makan sos ikan
½ sudu teh gula
Cili padi merah secukupnya
Bawang putih hancur secukupnya
CARA MEMASAK
1. Untuk menyediakan sos Nuoc Cham, masukkan jus limau, sos ikan, gula, lada dan kacau sebati. Ketepikan seketika.
2. Untuk daging, perap daging dengan jus limau selama 10 minit. Masukkan ke dalam peti ais.
3. Masukkan sayur dan herba di dalam mangkuk bersesuaian. Gaulkan bersama sos Nuoc Cham.
4. Asingkan daging yang diperap dengan sos limau sebentar tadi, tumis seketika bersama masukkan herba, cili, serai, bawang dan taugeh.
5. Satukan bahan yang digaul bersama daging dan hidangkan bersama bawang goreng, kacang tumbuk, dan daun limau purut.
6. Hidangkan bersama nuoc cham dengan sedikit sos limau. Sedia untuk dimakan!
Tonton video resipi Bo Tai Chanh:
Cuba Juga:
Resipi Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1
Resipi Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 2
Resipi Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 3
Resipi Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 4
Resipi Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang Filipina dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 5
Resipi Sate Ayam & Sate Padang dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 6
Resipi Char Kuetiaw & Pad Thai dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 7
Sempena sambutan Aidildha beberapa hari lagi elok kita sedia siap-siap resipi rendang daging. Salah satunya rendang daging versi enam bahan yang dikongsi oleh Auni Farhana.
Rendang daging ini juga cara penyediaannya cukup mudah namun rasanya tak kalah, sedap ‘terpelanting’! Bagi yang nak cukup boleh ikut panduan dikongsi beliau.
Resipi rendang daging enam bahan
Bahan-bahan
500 gram daging -dipotong kecil
Perencah Rendang Adabi – 1 paket
Perencah Ayam Goreng Berempah Maggi – 1/2 paket
Santan Kara (200ml) – 1/2 kotak
Daun Kunyit – dihiris
Daun Limau purut
Cara membuat
1. Potong dan bersihan daging (tak perlu rebus).
2. Gaul daging tadi dengan perencah Adabi 1 paket & Maggi 1/2 paket dalam periuk biar sebati.
3. Buka api, tuang sedikit minyak sikit dan kacau seketika. Tutup periuk, biarkan air daging keluar sendiri.
3. Masukkan daun kunyit yang dah hiris halus, daun limau purut yang dah dicarik kasar. Kacau seketika.
4. Apabila air daging kering, tuang 1/2 kotak santan. Kacau kemudian tutup periuk, biarkan bahan sebati.
5. Tunggu sampai empuk daging, sambil dikacau sesekali. Kalau daging lambat empuk boleh tambah air panas sikit, dan tutup periuk.
6. Biasanya dalam 40 daging dah empuk dan boleh dimakan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.