Salah satu cara sedap nak makan daging adalah dibuat daging masak merah. Rasanya pedas manis dan sangatlah sedap. Boleh dibuat untuk berbuka puasa nanti. Nah, RASA berikan resipiya.
BAHAN-BAHAN
• Daging
• Minyak masak untuk menumis
• Bawang putih ketuk
• Cili kisar
• Sos tiram
• Cili sos
• Tomato sos
• Sos ikan
• Bawang holand
• Cili padi
• Cili merah hiris
• Daun sup
CARA PENYEDIAAN DAGING
1. Daging direbus lembut. Masukkan sedikit pewarna merah.
2. Sejukkan daging dan hiris nipis. Daging disejukkan dahulu supaya senang dipotong dan tak pecah-pecah.
3. Goreng separuh masak.
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih sampai naik bau.
2. Masuk cili kisar dan tumis sampai garing.
3. Masuk sos tiram, cili sos, tomato sos dan renjis sikit sos ikan.
4. Masukkan bawang holand, cili padi, cili merah dan daun sup. Masukkan air sikit. Kalau mahu berkuah, lebihkan air sedikit.
5. Masukkan daging dan kacau sebati.
6. Masuk garam, gula dan perasa sikit. Seimbangkan rasa masin manis. Sedia dihidang.
Resipi Oleh Ainn Mustafar dari Telegram KakiMakan