Daging Palembang Ringkas & Sedap, Boleh Cuba Ni!

Share

Macam-macam versi orang masak Daging Palembang, tapi menariknya daging ini tetap sedap  dengan rasa gabungan pedas dan  manis kicap yang sangat sedap sebagai hidangan   keluarga di hujung minggu atau  lauk untuk kenduri kerana ia lebih mudah dimasak berbanding rendang daging biarpun rasanya hampir sama.

DAGING PALEMBANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg  daging – potong lebar dan nipis
  • 3 batang serai – titik
  • 750 ml santan pekat
  • 250 gm  kicap manis
  • 150 ml minyak masak

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan penumis, bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga air daging keluar dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap, diikuti dengan santan. Biarkan mendidih hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat dan timbul minyak.
Published by
Norasida Myasin