Penat dengan hidangan  berempah dan pedas, sesekali kita cuba masak daging rebus air asam. Wah pastinya dapat memecahkan selera. Hidangan ringkas ini pasti akan membuatkan anda makan bertambah-tambah. Jika mahukan rasa lebih masam, boleh juga menambahkan jus limau nipis.

BAHAN DAGING REBUS:

  • 500g daging (hiris nipis)
  • 3 batang serai (titik)
  • 5 biji bawang putih (tumbuk kasar/hiris)
  • 2 liter air
  • Garam

BAHAN AIR ASAM:

  • 1 biji bawang merah besar |dihiris nipis
  • 2 biji tomato |dipotong dadu kecil
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 inci belacan | dihancurkan
  • 1 biji cili merah | dihiris halus
  • 2 biji cili padi | dihiris halus
  • ½ biji lada benggala | dipotong memanjang
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit kerisik

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Untuk memasak daging rebus, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk besar dan rebus hingga daging menjadi lembut dan empuk.

IKLAN

2. Toskan daging dan ketepikan seketika.  Simpan air rebusan daging tadi.

IKLAN

3. Untuk membuat air asam, satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Tambahkan 1 cawan air rebusan daging tadi.

4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

5. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul hingga rata. Sedia untuk dihidangkan .

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI