
Kalau korang nak menu daging yang sempoi, cepat dan mudah disediakan. Korang boleh cuba menu Daging Tumis Bawang Putih Sos Tiram, tak rugi cuba kerana menu ini sungguh sedap. Pendek kata sekali cuba mesti teringin nak masak lagi.

.
DAGING TUMIS BAWANG PUTIH SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging batang pinang | hiris nipis
- 5 ulas bawang putih | cincang kasar
- 1 biji bawang Holland | dadu kasar
- Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
- 1 1/2 sudu makan gula Melaka | hancurkan
- 1 sudu makan sos tiram
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tepung
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
CARA MEMASAK:
- Gaulkan hirisan daging dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak. goreng daging yang telah diperap hingga separuh masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak, tumis pula bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan daging yang telah digoreng separuh masak tadi dan kacau rata seketika.
- Masukkan gula Melaka dan garam cukup rasa, kacau rata.
- Kecilkan api, masukkan bawang Holland, kacau rata hingga bawang layu.
- Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala dan sos tiram sebagai perasa.
- Kacau rata lebih kurang. Kemudian tutup api dan daging sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Telur Tumis Bawang, Lauk Ringkas Tapi Punyalah Berselera Makan

Telur tumis bawang ini dikatakan berasal dari negara seberang. Sajiannya cukup mudah, sesuai kala tekak terasa mahu hidangan yang ringkas tapi sedap. Dijamin berselera makan.
Selain itu ia juga boleh dikatakan menu jimat kos kerana bahan-bahannya cukup murah dan sedia ada di dapur.
Cara buat telur tumis bawang

Bahan kisar
6 biji lada merah besar
3 ulas bawang putih
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan-bahan lain
5-6 ulas bawang merah kecil
5 biji telur
3 sudu besar ikan bilis -digoreng garing
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Marjerin

Cara memasak telur tumis bawang
1. Cairkan marjerin secukupnya dan tumis bawang (tak perlu hiris) bersama bahan kisar hingga layu.
2. Masukkan telur, garam, gula dan serbuk lada sulah lalu kacau perlahan-lahan hingga masak.
3. Matikan api ,masukkan bilis yang telah digoreng garing. Kacau rata. Siap.
4. Hidangkan bersama dengan nasi panas.

INFO: Boleh juga guna cili oil
Tip pilih telur
Memandangkan resipi ini menggunakan banyak telur, penting untuk memastikan semua telur yang digunakan dalam keadaan elok untuk dimakan dan tidak busuk. Kita boleh mengenalpasti telur yang tidak elok dengan cara berikut;
- Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
- Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bintik hitam. Buang terus telur ini.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Versi Kelantan. Memang Sedap

Menu Gulai Lemak Ikan Kering ni memang menjadi pujaan ramai terutamanya anak-anak Kelantan. Menu ni memang sedap. Biasanya dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan ulam. Bagi yang pernah makan Nasi Berlauk, ha..nilah menu gulainya. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor ikan kering | dibasuh
- Timun | dibelah kecil
- 5-6 biji cili hijau
- 1 -2 keping nanas | dipotong dadu
- Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
- Garam, gula dan perasa secukupnya


BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili kering
- 1 biji cili merah
- 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
- 2 inci kunyit segar
- Sedikit lengkuas

CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
- Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
- Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
- Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zat Hernani
BOLEH JUGA CUBA:
Resipi Gulai Daging Cincang Rebung Versi Utara. Memang Sedap!
5 Resipi Kek Homemade Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Ketuhar

Terasa nak buat kek tapi tak ada ketuhar? Jangan susah hati kerana ada macam-macam resipi kek tanpa ketuhar yang anda boleh cuba. Ini antara resipi-resipi kek kukus homemade yang sedap dan boleh anda cuba. Pasti puas hati. Bolehlah cuba buat untuk sajian keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
1. KEK SUSU KUKUS

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula halus
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 cawan susu cair
- 4 biji telur size A
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar ovellete
- 1/4 sudu teh garam halus
- 1/4 cawan minyak jagung
CARA MEMASAK:
- Putar telur, gula, ovalette, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam menggunakan mixer sehingga putih gebu.
- Kemudian masukkan minyak jagung dan tepung agndum. Putar lagi hingga sebati.
- Bahagikan adunan ke dalam 4 mangkuk yang sama saiz. Warnakan dengan pewarna kuning, coklat, merah dan hijau. Kacau rata.
- Ambil loyang dan sapukan mentega. Kemudian tuang adunan berselang-seli ke dalam loyang.
- Letak loyang dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Tutup dengan rapat ( tudung periuk diikat dengan kain supaya kek tidak menjadi bantat.).
- Kukus selama 35 minit guna api sederhana.
- Bila kek masak, angkat dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Wan Wok
2. KEK COKLAT MOIST KUKUS

BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum(*)
- 1 sudu teh baking powder (*)
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat (*)
- 1/2 cawan serbuk koko (*)
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 7 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan ovalette
- 2 biji telur gred A
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan-bahan bertanda (*) dan ayak. Ketepikan.
- Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mesin pengisar. Kisar sampai sebati.
- Tuang adunan ke dalam bekas mengandungi bahan diayak tadi. Kacau hingga sekata. Jika nak kek berwarna lebih hitam menawan, tambahkan sedikit coklat emulco. Jika nak kek lebih enak, boleh juga tambahkan coklat rice secukupnya ke dalam adunan kek.
- Ambil loyang dan sapukan marjerin. Kemudian tuang adunan kek.
- Kukus kek selama 1 jam menggunakan api sederhana. Pastikan periuk kukusan dipanaskan terlebih dahulu.
- Balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis ke atas kek.
- Untuk topping, panaskan susu cair, susu pekat dan coklat masakan guna kaedah double-boil. Bila coklat dah larut, masukkan sedikit shortening. Sukatan agak-agak sahaja.
- Untuk hias kek, bila dah masak, biarkan kek dan topping agak suam terlebih dahulu baru dituang ke atas kek. Tuang separuh topping sahaja. Simpan kek dalam peti sejuk selama 30 minit, keluarkan dan barulah dituang baki topping tadi.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ana Mariana Ismail
3. KEK MILO KUKUS

BAHAN A:
- 1 cawan milo
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan minyak
- 1 cawan air panas
BAHAN B:
- 3 biji telur gred A – pukul hingga kembang
BAHAN C:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
(semua bahan ayak bersama)
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A dan kacau rata hingga tiada ketulan milo. Kemudian masak sekejap atas dapur hingga sebati. Tidak perlu masak sampai mendidih.
- Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Adun hingga sebati.
- Ambil loyang bersaiz 8×8 dan oles dengan sedikit minyak. Tuang adunan kek tadi.
- Panaskan periuk kukusan dan kukus kek selama 45 minit.
Kredit resipi & foto: Sarimah Samsuri
4. KEK PANDAN

BAHAN A:
- 5 biji telur
- 1 sudu besar ovellete
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1 cawan gula aising
- 1 sudu perasa pandan
- Pewarna hijau ( dark green) secukupnya
BAHAN B ( DIAYAK)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecik soda
- 1 sudu kecik baking powder
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan A dan putar hingga gebu.
- Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga rata.
- Akhir sekali masukkan pewarna hijau.
- Kukus kek selama 45 minit atau hingga kek masak. Kalau amsak dalam bekas seperti dalam gambar, masanya hanya 20 minit sahaja.
- Bila sejuk, bolehlah terus dimakan atau dihias dengan krim dan parutan keju.
Kredit resipi & foto: Norhidayah Abdullah
5. KEK PISANG COKLAT MOIST KUKUS

BAHAN A:
- 3 biji telur
- 3/4 cawan gula halus
- 1 sudu besar ovelatte
- 1 cawan minyak jagung@mentega dicairkan
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 sudu susu cair
- 1 cawan pisang dilenyek
- Sedikit garam
- Sedikit esen vanilla
BAHAN B:
- 2 cawan tepung gandum – diayak
- 1/2 sudu besar soda bicarbonat – diayak
- 1/2 sudu besar baking powder – diayak
- 3 sudu besar serbok koko
- 1 sudu kecil perasa coklat emulco
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
- Tambahkan susu pekat, minyak, susu cair dan garam. Adun lagi selama 4-5 minit hingga kembang dan barulah dimasukkan pisang.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan pada warna asal satu lagidimasukkan serbuk koko. Gaul rata.
- Oleskan minyak pada acuan dan masukkan adunan kek tadi.
- Kukus selama 30 minit.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Aisya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara-Cara Buat Ketupat Lemak Versi Homemade. Masak Guna Rice Cooker Je!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

