Dah Jemu Dengan Sambal Biasa-Biasa Aje. Ni Dua Sambal Merecik Air Liur.

Share

Asyik sambal belacan dengan sambal ikan bilis aje. Jom masak sambal special sikit Ni dua resipi dari Hotel The Pearl, KL.

Ni kalau makan dah tak toleh ke mana dah. Iyalah nak makan kenalah pandang depan kan.

1. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN



BAHAN-BAHAN :

  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 biji bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji jus limau nipis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk

Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah

INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.

2. SAMBAL JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN



BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
  • 100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu

Bahan dikisar:

  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji jus lemon
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja

INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.

Published by
Faridah Talib