
Kalau masak sayur sawi, dah potong daun, bahagian bawah atau pangkalnya jangan buang ya. Rupanya kita boleh simpan dan tanam semula.
Selain guna biji benih, kita juga boleh sawi guna kaedah ini. Caranya dikongsi oleh Puan Oggy Bungsu.
- Ambil keratan sawi bahagian pangkal, kemudian rendam dalam 30 minit. Tak perlu yang ada akar pun.

2. Sediakan bekas, tebuk bahagian bawahnya untuk pengaliran air. Isi dengan tanah.
3. Kemudian ambil keratan sawi tadi dan cucuk dalam tanam, biar dalam sedikit. Selepas tanam siram, pastikan tanah lembap (siram 3 kali sehari).

4. Bila dah keluar 3-4 helai daun boleh alih ke polibeg.

5. Ini hasilnya, lakukan siraman dan letak baja bila pokok mulai naik.


Sumber: Puan Oggy Bungsu
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Keju Mozzarella Guna 3 Bahan, Sungguh Senang & Jimat Banyak.

Keju mozzarella, pasti korang terbayangkan lelehananya pada pizza, roti, murtabak kentang atau pisang goreng. Kalau boleh semua makanan nak masukkan keju. Semuanya memang sedap, tapi bila memikirkan harga yang mahal terpaksa berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam dalam atau topping masakan.
Jangan bimbang sebab RASA nak kongsikan empat cara paling senang macam mana buat keju mozzarella homemade yang sama seperti anda beli di kedai.
Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja ye…

Langkah 1:
- Sediakan Bahan-Bahan:
- 300ml penuh krim
- 180gm keju cheddar
- 2 sudu makan tepung ubi

Langkah 2:
Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.

Langkah 3:
Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).

Langkah 4:
Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Senangkan, selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.
10 Panduan Pilih Durian Yang Isinya Banyak Ulas, Masak Elok & Tak Keras.

Musim durian dah tiba! Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh para penggemar raja buah ini. Minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai durian di Perak dah mula gugur dan dijual dengan harga serendah RM6 sekilo. Wow! Memang murah. Malah penangan viral ni juga telah menyebabkan durian di Kg Gajah, Perak telah diserbu oleh para penggemarnya. Sahabat admin sendiri telah berkunjung ke kampung tersebut hujung minggu lalu dengan niat untuk borong durian, tetapi pulang hampa kerana stok durian ‘sold out’! Fuh…hebat betul penangan si buah berduri ni.

Bila permintaan sudah tinggi, maka nanti mungkin ada yang nak ambil kesempatan dengan menjual durian yang belum masak sepenuhnya. Jika terkena, memang sakit hati kan? Dah lah beli mahal, nak makan pun tak sedap. Lagipun, buah berkulit tebal ni susah juga nak agak kondisi isinya. Oleh itu, jom belajar cara-cara nak kenal dan pilih buah durian yang masak sempurna dan sedap.
TIP PILIH BUAH DURIAN AGAR TAK KENA TIPU
1. DURI

Perkara pertama untuk memilih durian yang masak sempurna, banyak isi dan manis, lihat pada durinya. Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya ia memiliki isi yang masak elok, kering dan manis.
2. BAU
Cium baunya. Jika durian tersebut berbau manis yang kuat, itu tandanya durian tersebut mempunyai kualiti yang bagus. Jika kurang berbau, ia bermakna durian tersebut masih belum matang dan perlu disimpan beberapa hari sebelum dinikmati.
3. BENTUK BUAH

Pilih buah yang berbentuk bulat. Ini kerana biasanya buah berbentuk bulat ini memiliki ulas yang tebal isinya. Berbanding dengan buah berbentuk lonjong, ulas isinya agak kecil namun rapat. Elakkan mengambil buah yang kulitnya senget dan tidak rata kerana ada kemungkinan isinya sedikit.
4. KULIT
Lihat kulit durian. Jika bahagian luarnya kelihatan luka atau ada kecacatan, elakkan buah tersebut kerana berkemungkinan isinya juga tidak elok dan busuk. Jika ini terjadi, pasti kecewa. Dahlah mahal, busuk pula tu.
5. TANGKAI BUAH

Pilih buah yang tangkainya masih segar dan berwarna cerah kerana ia petanda buah tersebut masih baru. Elakkan buah bertangkai gelap dan kecut kerana berkemungkinan buah tersebbut telah lama gugur dan rasanya pun pasti kurang enak. Selain itu, dikatakan durian yang jatuh dari pokok mempunyai hujungn tangkai yang bergerigi. Jika kelihatan rata atau seperti bekas dipotong, ada kemungkinan durian tersebut dipetik sebelum gugur dan diperam terlebih dahulu.
6. GONCANG BUAH

Angkat dan goncang sedikit buah durian. Jika ada bunyi seeprti isi buah bergetar, ia bermakna buah tersebut mempunyai isi yang telah masak dan manis. Buah durian yang matang, isinya yang kering akan terpisah dari dinding kulit dan berbunyi apabila digoncang.
7. KETUK KULIT DURIAN
Ambil hulu pisau dan cuba ketuk buah. Jika bunyinya seperti bergema padu seakan bunyi ‘buk-buk’, tandanya masak elok la tu. Jika berbunyi sebaliknya dan seakan tiada ruang, berkemungkinan durian belum matang dan isinya keras.
8. PILIH DURIAN 5 PANGSA

Buah durian mempunyai pangsa (bahagian yang mempunyai isi). Ia boleh dilihat menerusi garis-garis yang ada dipermukaan kulit buah. Sebaiknya pilih durian yang mempunyai 5 pangsa kerana dipercayai isinya lebih banyak serta tebal berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.
9. ELAKKAN DURIAN MEREKAH

Buah durian yang merekah biasanya kurang ‘umphh’ kerana ia telah lama jatuh. Jika dibeli, dikhuatiri durian anda ada yang dah terasa masam kerana tindak balasnya dengan udara. Sebaliknya, pilihlah durian yang belum merekah. Jika nampak sikit-sikit merekah tapi belum emnampakkan isinya pon masih ok.
10. MAKAN DI KEDAI
Cara paling mudah dan dijamin puas hati. Jika makan di kedai, andai terbeli buah yang kurang elok, anda boleh menukarnya dengan buah yang baru. Memang puas hati dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Malah, dengan cara ini juga boleh mengelakkan anda dari ditipu oleh sang penjual. Kereta anda pun tak berbau.
Cara Mudah & Selamat Buka Sardin Tanpa Pembuka Tin.

Andai anda pergi berkelah, mendaki gunung atau menjalani perkhemahan, makanan dalam tin seperti sardin, sambal bilis, sup daging dan sebagainya adalah antara yang wajib dibawa. Makanan-makanan sebegini amat mudah dikendalikan malah menjimatkan ruang dalam beg yang sangat-sangat terhad.
Kebanyakan dari produk dalam tin yang dijual di pasaran sekarang didatangkan dengan penutup yang mudah dibuka. Namun, masih ada sesetengah darinya yang masih perlu dibuka menggunakan pembuka tin. Jika anda ada tersalah beli makanan dalam tin yang penutupnya sebegitu, pastinya rasa geram dan nak marah. Yelah, pastinya anda pun tak ‘prepare’ nak bawa pembuka tin kan? Bila nak makan, hmm… tak boleh buka pula. Jadi, ‘life hack’ ini pastinya berguna buat anda. Ia mengajar anda cara-cara membuka tin tanpa pembukanya.

Terima kasih kepada tutorial video yang bijak dari Dave Hax, menerusi saluran YouTube yang mana beliau mengajar penonton bagaimana membuka tin dengan hanya menggunakan sudu. Memang berguna lebih-lebih lagi jika anda juga tidak mempunyai alatan lain yang boleh digunakan seperti pisau, pemutar skru dan sebagainya. Malah dengan menggunakan sudu juga, ia lebih selamat kerana tidak tajam. Tak adalah rasa seriau sangat sewaktu nak guna.
Nak lihat cara-caranya? Klik video di bawah ini.
Foto: mouth full of sardines

