Dah puas makan lauk berempah, jom kita masak steamboat pulak. Mengenyangkan dan supnya memang sedap dihirup.
Jom tengok resipi perkongsian dari FB: Masak Ape Ye?
STEAMBOT MUDAH
BAHAN-BAHAN :
- 1 pes tom yam
- 1 pes asam pedas | Adabi ada
- 2 kiub ayam
- 1.5 liter air
- 1 peket Mix steamboat
- Sosej secukupnya
- Ikan fuchok goreng secukupnya
- Cendawan enoki/cendawan tiram | secukupnya
- Mi segera
CARA MEMASAK :
1. Rebus air 1.5liter dan masukkan 2 kiub ayam,1 pes tom yam dan 1 pes asam pedas adabi
2. Dah menggelegak, ..campurkan mix steamboat,sosej, ikan fuchok goreng, mi segera dan akhir sekali masukkan cendawan.
3. Dah pun siap. Senang kan
Kredit :
FB : Masak Ape Ye ?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Idea Menu Sarapan Yang Pasti Ceriakan Hari Korang
Mulakan pagi dengan sesuatu yang enak dan membuka selera untuk memulakan hari dengan penuh kecintaan. Dengan sedikit bahan sahaja, kita sudah boleh menyediakan sarapan enak dan berkhasiat. Bahan utama seperti telur, ayam, daging, salad dan keju lazimnya selalu ada di rumah. Jadi, apa tunggu lagi? Jom buat sarapan yang sedap ni.
CONGEE DAGING
BAHAN-BAHAN
1 cawan beras wangi
8 cawan air rebusan tulang
2 potong hirisan halia
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
2 pokok daun bawang
2 pokok daun ketumbar
200 gram daging panggang (dihiris nipis)
CARA MEMASAK
1. Basuh beras tiga kali. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan air rebusan tulang. Kacau sedikit dari semasa ke semasa.
2. Masukkan halia. Masak sampai beras kembang dan pekat. Perasakan dengan garam dan lada sulah, minyak bijan dan sos tiram. Kacau sebati dan masak lagi.
3. Potong daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan dalam bubur dan kacau sebati. Tuang ke dalam mangkuk. Kemudian letak hirisan daging, daun bawang atau bawang goreng.
HEALTHY SANDWICH
BAHAN-BAHAN
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)
CARA MEMASAK
1)Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2)Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3)Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.
TELUR SCRAMBLE DENGAN BACON DAGING
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
50 ml susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega
Roti toast
Bacon daging
CARA MEMASAK
1. Pecahkan telur ayam dan campur bersama susu segar. Pukul dengan garpu sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kemudian tuang semua bancuhan telur. Sambil masak, kacau telur sampai 70 peratus masak. Kacau sampai sedikit hancur.
3. Tuangkan di atas roti toast. Hidangkan bersama bacon daging panggang, salad atau kentang jika suka.
ROTI PITA KEJU
BAHAN-BAHAN
10 gram yis roti
Sedikit air
1 liter susu segar
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun
500 gram tepung gandum
200 gram keju mozarella
CARA MEMASAK
1. Satukan yis roti dengan sedikit air dan biarkan selama 10 minit.
2. Sediakan 500 ml susu. Masukkan gula, garam, minyak zaitun dan yis tadi.
3. Kemudian masukkan tepung gandum. Uli tepung sambil masukkan lebihan susu. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Pastikan tepung tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Rehatkan doh selama 30 minit sehingga tepung naik dua kali ganda. Uli kembali dan jadikan bebola tepung dalam anggaran 70 gram – 100 gram setiap satu.
5. Ambil sebiji tepung ulian tadi dan buka sedikit dengan tangan. Masukkan keju dan tutup kemaskan kembali. Uli roti menjadi sedikit leper tetapi jangan terlalu nipis.
6. Panaskan kuali tanpa minyak dan masak sehingga naik warna setiap bahagian. Potong dan terus makan makan panas-panas.
TORTILA KELEDEK MANIS
BAHAN-BAHAN
Doh roti pita
1 biji keledek sederhana besar (direbus)
1 biji kentang (direbus)
½ biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah (dihiris nipis)
Sedikit biji sawi
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu besar serbuk cili
½ sudu besar serbuk ketumbar
Hirisan daging siap masak
CARA MEMASAK
1. Ambil sebiji doh roti pita dan uli sampai leper, nipis dan bulat. Masak atas kuali panas.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi, daun kari dan cili merah sampai naik wangi. Kemudian masukkan kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Masukkan pula keledek dan kentang yang telah dilenyek terlebih dahulu. Masak dan kacau semua bahan sehingga sebati.
3. Kemudian perahkan jus limau nipis. Masukkan daun ketumbar bersama daging. Kacau sambil masak.
4. Cedok tiga sudu besar inti ini di atas roti dan balut menjadi seperti popia besar. Masak sedikit lagi di atas kuali sehingga ada sedikit warna. Angkat dan potong dua bahagian.
Selamat mencuba!
Resipi Yong Tau Foo Mudah & Sedap. Lengkap Dengan Sos Hitam Dan Sup
Menu ringkas dan mengenyangkan, yong tau foo pastinya menjadi kegemaran ramai. Buatnya pun mudah bila cukup bahan. Nak makan ni kena lawan dengan sos hitam. Boleh ikut cara Puan Nor Husma.
“Saya nak kongsikan resipi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong tau foo dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong tau foo dimakan dengan sup. Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong tau foo)
YONG TAU FOO
BAHAN A – SOS HITAM
6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya.
Cara buat:
1.Kisar semua bahan di atas.
2.Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna.
*Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan.
BAHAN B – KUAH SUP
3 ulas bawang putih – dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada cita rasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jag setengah)
Cara buat:
1.Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas.
2.Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis.
3.Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.
*Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong tau foo.
Kredit : Nor Husma Husin
INGIN MENUKAR PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Puding Trifle Mudah Buat Ikut Sukatan Cawan. Rasa Memang Sedap
Lepat Jagung Rasa Sekali Nak Lagi
Sesekali dapat nikmati kuih tradisi memang puas hati. Jika dibandingkan dengan kuih moden takkan sama rasa kepuasannya. Memang sukar untuk mencari kuih tradisi sebagaimana citarasa yang diingini. Namun usah risau, resipi yang dikongsi ini gerenti sedap dan memenuhi piawaian yang anda inginkan.
LEPAT JAGUNG
Bahan-bahan:
4 tongkol jagung diparut
1 tongkol jagung dihiris kasar
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
kulit jagung secukupnya untuk membungkus
pilih kulit jagung bersaiz besar
daun pisang pun boleh
Cara memasak:
1.Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati dengan api perlahan,masak adunan sehingga pekat sentiasa di kacau ya. Angkat ketepikan
2.Sediakan kulit jagung, sudukan
3.1 sudu besar adunan- bungkus dan kemaskan
**cara opah lipat, gulung dan selisihkan daun sebelah bawahnya, kemudian ikat menggunakan kulit jagung yang disiat halus
4.Kukus selama 20minit.
5.Angkat dan sejukkan
6.Siap untuk dihidang.
Ada yang nak shopping online? Jom tengok tawaran yang diberikan di https://invol.co/cloqny
Kredit Foto & resipi: Mas Cotek