Jika terasa nak makan Hainan Bread Sangkaya ni, dah tak perlu lagi beratur panjang kerana anda boleh hasilkannya sendiri di rumah. Tidak renyah dan memang puas makan. Rugi kalau tak cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kotak kecik santan
- 1/2 tin air
- 1 tin susu cair
- 1/2 kotak air
- 20 helai daun pandan
- 1 keping gula kabung besar (boleh guna gula melaka)
- 7 sudu makan gula pasir
- Secubit garam
- 3 biji telur
- 4 sudu makan tepung kastard (atau tepung jagung)
CARA MEMASAK:
- Kisar daun pandan bersama 1/2 kota air ( guna kotak santan). Kisar hingga halus. Tapis air ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
- Setelah nampak mendidih dan pekat, perlahankan api. Kacau selama 20 minit. Angkat.
- Potong hainan bread dan susun dalam dulang ( atau bekas kukusan buluh). Letak sengkaya tadi dalam mangkuk tahan panas letak sekali dalam dulang roti. Kukus menggunakan api besar selama 10 minit.
- Angkat dan nikmati panas-panas.
Kredit resipi & gambar: Nur Fakhira Mohd Rosli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sarapan Puding Roti Gaya Arab. Boleh Makan Masa Moreh.
Masyarakat Arab memang suka makan yang manis-manis. Di samping susu, yogurt mereka suka meletakkan rempah seperti kayu manis,saffron. Dan yang mereka suka adalah meletak kekacang seperi badam, gajus , pistachio dan lain-lain.
Ada juga suka mencampurkan dengan buah-buahan kismis, kurma , prun dan apricot. Ni min kongsikan 2 resipi pudding roti gaya Arab dan Umm Ali. Keduanya adalah pudding roti tetapi sentuhan yang sedikit berbezas
Resipi : dohadimataku.wordpress.com.
- PUDING ROTI GAYA ARAB (dikukus)
BAHAN-BAHAN :
- 4 keping roti
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 biji telur
- 2 sudu besar mentega
- 1 tin susu cair ideal- 375ml @ susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 cawan cornflakesKismis, badam, gajus | ikut suka hati nak letak banyak mana… } bahan kering
- 2 biji aprikot (dihiris), 2 biji kurma (dihiris), 2 biji buah tin (dihiris) } bahan kering
* kalau tak ada buah tin dan kurma takpa, aprikot pun ok.
CARA MEMASAKNYA:
- Sapukan roti dengan mentega, sebelah bahagian roti sahaja.
- Potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan.
- Masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.
- Susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.
- Di dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.
- Kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. biarkan roti kembang sekejap.
- Masukkan adunan ke dalam pengukus. kukus dalam api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.
Keistimewaan : Boleh dimakan semasa panas atau sejuk (simpan dalam peti ais). Sedap dihidangkan dengan aiskrim vanilla atau sirap strawberi.
Saiz hidangan : 2 orang
Teknik memasak: kukus
2. UMM ALI (dibakar)
BAHAN-BAHAN :
- 6 keping roti | disiat-siat
- 900 ml susu cair
- Gula secukup rasa
- 2 sudu makan kismis
- 3 sudu mkan hirisan badam
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 /2 batang kulit kayu manis
CARA MEMASAK
1.Siat-siatkan roti tawar, ratkan di pinggan/loyang, taburkan kismis, kekacang, dan serbuk kayu manis.
2. Panaskan susu + gula pasir+ batang kayu manis hingga gula larut, tidak perlu sampai mendidih.
3. Tuang larutan gula susu ke atas roti sampai rata, buang batang kayumanisnya.
4. Bakar dalam oven hingga nampak keperangan.
5. Boleh dinikmati panas atau sejuk..
Perkongsian resipi Umm Ali dari Yaayakitchen dari laman cookpad.com.
Buat Lasagna Guna Roti Sandwic Je, Jom Cuba!
Ramai dalam kalangan masayarakat kita suka makan lasagna. Nak buat sendiri, ada kalanya memang sukar. Namun tahukah kita, lasagna boleh dibuat dengan menggunakan roti sandwic? Haaa senang saja kan?
Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Ieda Jahaya ini. Beliau berkongsi resipi di facebook group Rasa Share Resipi. Jom buat!
LASAGNA DAGING GUNA ROTI
BAHAN-BAHAN
500 gram daging kisar
1/2 kiub ayam
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 tangkai cili padi (dihiris halus)
Minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih
Sedikit serbuk lada
Garam secukup rasa
Sedikit marjerin
2 biji telur ayam
1 cawan susu segar
Roti sandwic secukupnya
Sos pasta secukupnya
Keju keping
Keju mozarella
Sedikit daun parsley
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan daging kisar. Hancur-hancurkan daging kisar itu.
2. Masukkan kiub ayam. Hancurkan dan gaul rata dengan daging kisar tadi.
3. Masukkan pula bawang besar dan cili padi. Gaul lagi. Ketepikan.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
5. Masukkan daging kisar yang telah diperap tadi. Gaul rata.
6. Masukkan pula serbuk lada dan garam. Gaul lagi.
7. Masak sehingga air daging kering. Matikan api.
8. Sapu loyang dengan menggunakan marjerin. Sementara itu panaskan oven pada suhu 80 darjah selsius.
9. Dalam pinggan, pecahkan telur ayam. Masukkan susu segar dan kacau telur tersebut.
10. Ambil sekeping roti, rendam sekejap dalam bancuhan telur dan susu segar tadi. Masukkan roti dalam loyang.
11. Susun selapis memenuhi bahagian bawah loyang. Kemudian taburkan daging kisar menutupi roti tadi.
12. Sapukan sos pasta di atas tapisan daging. Kemudian taburkan kepingan keju dan keju mozarella.
13. Ambil pula roti dan ulangi langkah 10, 11 dan 12 sehingga muat loyang.
14. Lapisan atas sekali, taburkan lebih banyak keju. Taburkan juga daun parsley. Boleh tabur cili padi sedikit jika suka.
15. Masukkan dalam oven. Bakar selama 40 minit.
Selamat mencuba!
Sumber: Ieda Jahaya
Resipi Kuih Tradisional ‘Legend’ Yang Tak Jemu Dimakan
Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya. Ini kami kongsikan empat kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Wajib dicuba.
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
- 150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
- 200gm gula merah
- 200gm gula pasir
- 150ml air
BAHAN SALUT:
- ½ biji kelapa parut
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
- Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
- Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 250 gm tepung gandum
- 100gm tepung beras
- 200ml air
- 200gm gula merah
- 50ml gula pasir
- 200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
- Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
- Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
- Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dinikmati panas.
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
- 200gm gula merah
- 50gm gula pasir
- 500ml santan
- 200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
- Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
- Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
- Setelah sejuk, boleh dipotong.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1/2 keping manisan
- 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
- Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
- Kelapa parut secukupnya
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
- Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
- Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
- Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
- Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
- Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
- Sedia dinikmati.
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
- 1 cawan beras pulut |bersihkan
- Air secukupnya
- Pewarna merah secukupnya
- 30ml minyak masak
- 5gm garam halus
- 80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 4 cawan air pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
- 80gm tepung beras
- 500ml santan pekat
- 5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
- 200gm gula merah
- 100gm gula pasir
- 200ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
- Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
- Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
- Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
- Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Hanya Kisar Guna Blender, Ini Resipi Apam Pisang Yang Sedap & Gebu
Resipi Kuih Tepung Kapur Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: