Jika terasa nak makan Hainan Bread Sangkaya ni, dah tak perlu lagi beratur panjang kerana anda boleh hasilkannya sendiri di rumah. Tidak renyah dan memang puas makan. Rugi kalau tak cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 kotak kecik santan
  • 1/2 tin air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 kotak air
  • 20 helai daun pandan
  • 1 keping gula kabung besar (boleh guna gula melaka)
  • 7 sudu makan gula pasir
  • Secubit garam
  • 3 biji telur
  • 4 sudu makan tepung kastard (atau tepung jagung)

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar daun pandan bersama 1/2 kota air ( guna kotak santan). Kisar hingga halus. Tapis air ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
  3. Setelah nampak mendidih dan pekat, perlahankan api. Kacau selama 20 minit. Angkat.
  4. Potong hainan bread dan susun dalam dulang ( atau bekas kukusan buluh). Letak sengkaya tadi dalam mangkuk tahan panas letak sekali dalam dulang roti. Kukus menggunakan api besar  selama 10 minit.
  5. Angkat dan nikmati panas-panas.

Dah Tak Perlu Beratur Lama Untuk Nikmati Hainan Bread Sengkaya. Buat Sendiri Lebih Sedap & Jimat!

IKLAN

Kredit resipi & gambar: Nur Fakhira Mohd Rosli 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI