Dalca Kambing Bersama Sayuran Istimewa

Share

Selalunya lauk dalca daging lebih enak jika kita gunakan bahagian daging kambing yang dicampur dengan tetel ataupun daging rusuk. Dalca akan lagi sedap kita nikmati selepas simpan semalaman kerana kuahnya lebih mesra.

DALCA KAMBING BERSAMA SAYURAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kambing bersama tulang | direbus hingga empuk terlebih dahulu
  • 500ml santan pekat
  • 1 liter santan cair
  • Air secukupnya
  • 6 sudu makan serbuk kari
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam, gula dan gula Melaka secukup rasa
  • 2 biji ubi kentang | dipotong kecil
  • 4 tangkai kacang panjang | dipotong pendek
  • 1 batang lobak merah | dipotong
  • 2 biji cili merah | dipotong
  • 2 biji bawang besar | dikisar halus
  • 5 biji bawang merah | dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1 inci halia | dikisar halus

 

BAHAN TUMIS:

  • 4 biji bawang merah | dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 tangkai daun kari

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh bahan kisar halus bersama serbuk kari. Gaul rata dan jadikan seperti pes.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Masak hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kisar. Masak lagi sehingga garing.
  4. Tambahkan bancuhan pes kari tadi. Masak lagi hingga garing.
  5. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan seketika barulah dimasukkan santan cair dan air.  Biarkan mendidih.
  6. Setelah kentang sedikit empuk, masukkan daging dan tulang kambing yang telah direbus empuk.
  7. Masukkan asam gelugur, kacang panjang, cili merah dan santan pekat.
  8. Perasakan dengan garam, gula dan gula Melaka dengan secukupnya. Biarkan mendidih dan angkat.
  9. Sedia untuk dinikmati.

 

Info chef: Jika kurang menggemari daging kambing, boleh diganti dengan daging lembu.

 

Saiz hidangan: 5-6 orang

Waktu memasak: 45 minit

Jenis hidangan : Melayu

Keistimewaan :  Kuah yang tidak terlalu pekat dan tidak berbau.

Jenis masakan : Lauk pauk

Cara memasak : Tumis

Published by
Zera Naim