Dalgona Latte Viral Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri Di Rumah.

Share

Anda penggemar kopi? Apa kata cuba minuman Dalgona Latte yang sedang hangat viral sekarang ni. Menurut saudari Aishah Rosli, minuman ni tidak manis namun rasanya yang enak boleh menjadikan anda suka dan teringat-ingat. Tapi janganlah minum dengan kerap. Sebulan sekali je dah mencukupi.

 

CARA BUAT DALGONA LATTE

BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 sudu makan serbuk nescafe @ kopi – jumlah ikut cita rasa masing-masing
  • 1 sudu makan gula – ikut cita rasa masing-masing
  • Sedikit air panas
  • Ais secukupnya
  • Susu segar / fresh milk secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan nescafe, gula dan air ke dalam bekas. Pukul guna gapu hingga kembang. ( tekstur seakan nak buat meringue). Paling mudah pukul guna mixer.

2. Ambil gelas bersesuaian, masukkan ais dan susu segar.

3. Kemudian masukkan bancuhan kopi yang telah dipukul kembang tadi. ( Buat seakan topping)

4. Siap. Kacau terlebih dahulu sebelum dinikmati.

NOTA:

  • Topping kppi yang dibuat tadi, cukup untuk hasilkan 2-3 gelas Dalgona Latte.
  • Untuk rasa yang enak, boleh kurangkan nescafe atau tambah gula ikut selera masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: Aishah Rosli

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Published by
Nur