Sedapnya teh ais pekat yang ada boba pearl/ pearl bubble homemade ni. Maklumlah tengah musim. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni.

 

RESIPI BOBA PEARL @ PEARL BUBBLE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 cawan tepung ubi
  • 2 sudu makan tepung pulut
  • Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. Empunya resipi guna pewarna biru
  • gelap.)
  • Air panas secukupnya
  • Secubit garam
  • 3 sudu makan gula
  • Daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas.
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.

IKLAN

Dapat 15 Ribu Share Di FB. Ini Cara Buat Boba Pearl Homemade Yang Sedap.3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai.
4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.Dapat 15 Ribu Share Di FB. Ini Cara Buat Boba Pearl Homemade Yang Sedap.5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya pearl bubble menjadi berkilat. Rebus pearl bubble selama 25-30 minit.
6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.

Dapat 15 Ribu Share Di FB. Ini Cara Buat Boba Pearl Homemade Yang Sedap.7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.

IKLAN

Dapat 15 Ribu Share Di FB. Ini Cara Buat Boba Pearl Homemade Yang Sedap.
8. Boleh masukkan pearl bubble dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.

Dapat 15 Ribu Share Di FB. Ini Cara Buat Boba Pearl Homemade Yang Sedap.

Kredit resipi & foto: Puan Fara Bakri

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI