Selalu kalau nak makan nasi daging ni kena tunggu ada kenduri kendara atau perayaan. Tak pun tengok nasi daging ni dekat pasar malam atau di kedai-kedai makan. Tak terasa ke nak masak sendiri sambil makan berjemaah dengan famili tersayang, apa kata hujung minggu ni kita buat ‘Nasi Daging Utara’ siap dengan air asam power. Mesti repeat banyak kali lepas ni. Belum cuba belum tahu…
Resepi Nasi Daging Utara ni sangat terkenal di sebelah utara tanah air. Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, haruslah direbus lebih lama dalam anggaran masa 2-3 jam. Kelebihan masak menggunakan daging yang banyak urat ialah rasa daging tu lagi menarik dan sedap, cuma agak leceh nak rebus dalam masa yang lama. Masa boleh dijimatkan jika ada pressure cooker
.Bahan-Bahan:
Bahan tumis:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata.. 8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam.
AIR ASAM >BLEND<
Bahan Hiris >MASUKKAN<
**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging
Konsi resipi: Resipi asal tidak dikenal pasti. Sekiranya resepi ini milik anda boleh pm admin utk kredit nama anda. Tq
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/resipi-nasi-daging-air-asam-utara-power-wajib-cuba/