Melihat gaya masakan dapoq_pdot memang nampak simple dan bersahaja. Malah sesiapa yang baru berjinak untuk memasak, tak akan merasa susah bila melihat video masakan yang dikongsinya.
Dia dikenali dengan video resipi kreatif yang dikongsi hingga menerima jumlah like dan share yang tinggi di laman Instagram. Tambah menarik bila dia bercakap menggunakan loghat utara serasakan dekat di hati dan sangat santai. Disebabkan gayanya yang santai ini membuatkan dapoq pidot meraih follower yang tinggi di Instagram.
Muhammad Firdaus Zamri merupakan seorang pereka grafik.Mula memasak sejak berusia 10 tahun dan mula aktif berkongsi video masakan di Instagram ketika belajar di kolej.
“Sebenarnya saya tak minat sangat masak-masak ni, saya lagi minat buat video. Cuma dari kecil lagi saya memasak dekat rumah sebab nak cuba resipi-resipi di internet. Jadi memasak ni dah jadi rutin di rumah sewa semasa study dulu sebab dalam semua housemate saya, seorang pun tak pernah masuk dapur,” ceritanya.
Akui Pidot, dorongan untuk memasak dan membuat video semua disebabkan oleh rakan-rakan yang asyik bertanya macam mana nak masak itu dan ini.
“Kalau saya layan saya bagi saja resipi sendiri tapi kalau malas copy dari internet. Kebetulan saya mempunyai kamera yang dibeli semasa projek csr kolej, jadi saya pun try buat video pertama dengan voice over low quality ,pinjam earphone roomate. Saya ingat lagi first posting saya akhir cuti semester 4, bulan Oktober 2018. Video masak-masak pertama ialah video kue teow goreng simple,”ceritanya.
Dalam menghasilkan video masakan lain individu lain caranya. Buat Pidot, idea untuk hasilkan video ialah ketika apa yang dia nak makan ketika itu, sama ada terlihat dalam iklan atau dalam youtube.
Di bawah ini antara video masakan yang mencapai engagement tertinggi.
Menurut Pidot, biasanya dia akan cuba masak dulu kalau sedap atau boleh buat improvement baru dia akan buat video. “Kadang-kadang saya ada kongsi juga resipi-resipi dari anime dan game sebab saya memang penonton anime tegar. Kebanyakan resipi anime ni banyak yang tak menjadi, tapi yang menjadi saja saya kongsi untuk semua orang boleh cuba,” jelasnya
Kekerapannya membuat video masakan bukanlah setiap hari berbanding semasa bulan puasa. Bulan puasa agak sibuk kadang-kadang tiga video sehari kena shoot dan edit. Kalau bulan lain mengikut kerajinan ataupun bahan-bahan yang diperlukan untuk masak tu tak tahan lama jadi kenalah shoot cepat. Dikongsi resipi kue teow untuk anda cuba nanti.
Kuah Kue teow- 10pax
Bahan-bahan:
1 jag air rebusan udang
1 senduk sos tiram
1 senduk kicap masin
3 senduk kicap manis
1 kiub ayam
½ ketul Gula Melaka
Resipi Char Kue teow
Sedikit minyak
2 ulas bawang putih- cincang
1 sudu cili giling
3 udang sederhana yang telah direbus
1 1/2 senduk kuah char kue teow
1 biji telur
80g kue teow
sedikit taugeh
sedikit kuchai
https://www.instagram.com/p/B5ZP5TBF_lG/?utm_medium=copy_link
RENDANG DAGING HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang
250ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar Gula Melaka
1 asam keping
2 batang serai diketuk
2 helai daun kunyit-buang urat dan hiris halus
1/2 cawan minyak untuk menumis
Sedikit air jika perlu
Bahan kisar
4 batang serai-hiris halus
3 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
6 tangkai cili hijau
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
https://www.instagram.com/p/CAUI706l9Lj/?utm_medium=copy_link
https://www.instagram.com/p/CQTTo2PMdkp/
Kue Teow Sup Terengganu Tambah Sedap Dengan Campuran Daging, Tulang Dan Perut
Meriah & Sedap Laksam Kedah. Ini Cara Buat Dengan Resipi Yang Betul
Nak Buat Mi Goreng Basah Paling Sedap? Macam Ni Rupanya Cara Masak Betul
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI