Kes dapur jenis kaca (tempered glass atau induction stove) pecah berderai sewaktu memasak memang biasa kita baca di media-media sosial yang dikongsi oleh empunya sendiri. Sedikit sebanyak ia menimbulkan rasa gerun dan takut dikalangan kita untuk membeli dapur jenis ini.

Dapur kaca yang direka dengan bentuk dan rupa yang menarik, tidak dinafikan memberikan ‘mood’ dan pesona elegan pada ruang dapur lebih-lebih lagi jika dapur anda berkonsepkan moden. Berbanding dengan dapur gas ‘stainless steel’ macam mak-mak di kampung pakai, kurang gaya dan nampak tidak popular.

Namun hakikatnya begitulah. Yang cantik tidak semestinya tahan lasak. Lebih-lebih lagi jika dapur yang dibeli, tidak dikendalikan dengan berhati-hati.

Dikongsikan buat anda cara-cara untuk mengelakkan dapur jenis kaca ini dari pecah. Moga boleh dijadikan panduan.

 

PANDUAN ELAK DAPUR KACA MUDAH PECAH

Ads

Dapur Kaca Tak Tahan Lama? Ini Tip Elak Dapur Anda Dari Pecah Berderai

 

1. ELAK LAP DAPUR GUNA KAIN BASAH KETIKA MASIH PANAS

Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.

 

2. ELAK MASAK GUNA PERIUK ATAU KUALI BERAT

Difahamkan dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Oleh itu anda perlu mengelak dari menggunakan periuk atau kuali yang besar. Dengan kata lainnya juga, anda tidak digalakkan memasak dalam kuantiti yang banyak menggunakan dapur ini kerana dikhuatiri akan merosakkan dapur. Biasanya dapur gas kaca ni ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.

 

3. ELAK LETAK PERIUK ATAU KUALI DI ATAS DAPUR DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA

Ads

Bila selesai masak, alihkan kuali dan periuk dari dapur. Elakkan dari tinggal perkakas masak anda di atas tungku. Malah kalau nak masak pun, tidak digalakkan masak dengan terlalu lama Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.

 

4. PASTIKAN DAPUR KACA BERKUALITI

Bila membeli barangan, kita biasanya akan pilih yang harganya tak mahal dan nampak cantik. Kalau boleh, jika ini membeli dapur kaca pastikan anda memilih jenama yang berkualiti dan diiktiraf. Harganya mungkin agak mahal namun berbaloi jika boleh dipakai lama. Anda juga boleh ‘survey’ pendapat rakan-rakan yang pernah guna dapur jenama tersebut untuk rasa lebih yakin.

 

Ads

5. RUANG PADA BAHAGIAN BAWAH DAPUR KENA ADA
Dapur kaca jenis ini direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Oleh itu amatlah berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur. Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.

 

Kredit info & foto: Mask Crew & Panda Bekki

 

Nak beli DAPUR baru? Boleh pilih DAPUR GAS biasa atau INDUCTION COOKER. Dua-dua bagus dan boelh mudahkan anda memasak.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI