Dapur Rasa : Campak Campak Jadi Episod 5, Kongsi Menu Gulai Kambing dan Ais Krim Sedap

Share

Korang dah menonton Dapur Rasa : Campak Campak Jadi yang disiarkan secara ‘live’ dalam FB Majalah Rasa Rabu lalu. Dah masuk episod ke 5 dah. Kali ini dengan dua resipi berasaskan mangga yang super sedap.Sekarang ni pun dah masuk musim kenduri, lauk yang diberi memang sesuailah jadi menu kenduri kendara.

Idea geliga daripada Chef Imelda Harris ‘hasil’ daripada bahan-bahan yang tersedia daripada bakul misteri. 2 menu yang dimasak adalah Gulai Kambing Mangga Muda dan Ais Krim Biskut Marie.

Jadi bagi yang tak sempat menulis resipinya ni min tuliskan resipinya untuk korang buat koleksi resipi nanti.

GULAI KAMBING MANGGA MUDA

BAHAN-BAHANNYA:

  • 1 kg isi dan tulang kambing
  • 3 biji mangga muda sederhana masak -dipotong kiub besar
  • 50 gm rempah kari daging yang dicampur dengan sedikit air
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 cawan santan
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumis:

  • 2 tangkai cili merah – dibelah dua
  • 2 tangkai cili hijau – dibelah dua
  • 2 biji tomato – dibelah empat
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 inci halia
  • 6 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • sedikit minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan cili hijau, cili merah, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, serai dan daun kari.
2. Kacau hingga naik bau.Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, kacau rata- rata dan tumis sehingga wangi.
3. Seterusnya masukkan rempah kari, serbuk jintan manis dan serbuk lada sulah. Kacau hingga rata dan biarkan masak sehingga pecah minyak. Pastikan dikacau selalu agar tidak hangus.
4. Selepas itu, masukkan kambing dan tambah sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga daging empuk. Akhir sekali masukkan mangga, santan dan garam, biarkan mendidih dan tutup api.

AIS KRIM MANGGA BISKUT MARIE


BAHAN-BAHANNYA :

  • 2 biji isi buah mangga masak ranum
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 cawan susu segar
  • 200 ml krim segar
  • ½ tin susu pekat manis
  • 1 peket biskut marie

CARA MEMASAK:

1. Masukkan mangga ke dalam blender dan kisar bersama gula sehingga menjadi puri.
2.Seterusnya masukkan bahan2 lain; susu segar, krim segar dan susu pekat manis, kisar kesemua bahan sehingga adunan menjadi pekat berkrim.
3. Susun biskut marie di dalam bekas sehingga menutupi kesemua bekas. Lalu tuangkan adunan aiskrim mangga tadi. Tabur lebihan biskut di atas aiskrim.
4. Tutup bekas. Simpan di dalam peti sejuk untuk dibekukan sekurang-kurangnya empat jam. Setelah beku boleh dikeluarkan dan dipotong sebelum dihidang.

AKSI DI SEBALIK TABIR PENGGAMBARAN :

Jangan lupa teruskan menonton Dapur Rasa : Campak Campak Jadi minggu hadapan disiarkan ‘live
di FB @ MAJALAH RASA. Juga boleh menonton di saluran You Tube Majalah RASA

 

Published by
Faridah Talib