Tengah trending sekarang ni Resipi Roti Jala Coklat cicah pulak dengan sos coklat wow! double win. Nampak mengancam dan sedap. Bolehla kalau nak cuba idea baru ni kalau dah bosan buat roti jala original. Selain buat makan untuk diri sendiri dan anak beranak, apa kata cuba jadikan masakan kita tu sebagai satu sumber pendapat sampingan buat duit poket macam brother ni…masyukkkk!

Muhamad Fadzul Ilahi Azhar BUAT KAKAK2 DISINI. SAYA LELAKI YAA. Dari saja2 buat makan.. sampai la menjadi duit poket.. hari ini saja saya dapat tempahan 70set.. saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa2 kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama2 kita kongsi ilmu.. yang mana dah share sebelum ni bagus la.

ROTI JALA SOS COKLAT

Resipi Roti Jala Sos Coklat, Sesuai Buat Untuk Tetamu Datang Berkunjung!

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • Gandum 3 cwn
  • 2 biji telur
  • 3 sb serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
  • 3 sb gula
  • Sedikit garam
  • 3 sb minyak msak
  • 1/2 cawan susu cair
  • Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jgn cair sangat

CARA-CARA:

  • Kacau smua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.. semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.. kalau blend adunan tu xda pusar atau pusar kecik.. masuk kan air bagi ada pusar kat tengah.. xpndai nak explain.. ahha

*GUNA BOTOL 3 KAKI (rujuk gambar)

Resipi Roti Jala Sos Coklat, Sesuai Buat Untuk Tetamu Datang Berkunjung!

PENYEDIAAN SOS COKLAT:

  • Double boiler
  • 200gm coklat masakan.. (selbourne brand saya guna)
  • 200gm susu fullcream / Susu cair

*GUNA KUALI NONSTICK

Ads

Resipi Roti Jala Sos Coklat, Sesuai Buat Untuk Tetamu Datang Berkunjung!Resipi Roti Jala Sos Coklat, Sesuai Buat Untuk Tetamu Datang Berkunjung!

Kongsi resipi: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar

 

Ads

Nak lagi kreatif dan lain dari yang lain. Korang boleh cuba resipi roti jala tembikai ni.. memang comel yang pasti sedap!

http://www.rasa.my/cara-cara-buat-roti-jala-tembikai-comel-kan/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI