Kalau korang masih fikir resipi lagi, ni dia dua idea lauk pauk untuk hujung minggu ini, ni resipi dari Datin Balqish Banu Mohd Hussni, isteri pengasas VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk Azril Mohd Radzi berbaloi untuk dicuba.
Best korang ringkas tapi sedap. Tak payah masak rumit-rumit. Ni untuk makan anak beranak aje, ingat tau beraya di rumah aje. Sambil menjamu selera sekeluarga.
AYAM SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih
5 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
- Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram.
- Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api.
- Ayam sambal sedia dihidangkan dengan nasi tomato
KURMA DAGING BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis dan lebar
3 biji kentang | belah 4
4 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
1sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1sudu makan serbuk ketumbar
1 liter santan
2 biji bawang besar | belah 6
2 biji tomato | belah 6
3 biji cili hijau | belah dua
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji buah keras
3cm halia
2 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya.
- Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
- Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang.
- Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit.
- Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau.
- Kacau seketika, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.
SEDANG MENCARI PETI SEJUK UNTUK SIMPAN DAGING KORBAN AGAR KEKAL SEGAR, JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
https://www.rasa.my/lauk-pauk-minang-untuk-hidangan-pagi-raya/
SERTA RESIPI INI :
https://www.rasa.my/ini-7-menu-masak-sup-tulang-daging-korban-paling-sedap/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI