Lagi dua hari dah pun Raya. Kalau korang masih fikir resipi lagi, ni dia dua idea lauk pauk raya untuk korang cuba. Ni resipi dari Datin Balqish Banu Mohd Hussni, isteri pengasas VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk Azril Mohd Radzi .
Best korang ringkas tapi sedap. Syawal ni tak payah masak rumit-rumit. Ni untuk makan anak beranak aje, ingat tau beraya di rumah aje. Sambil menjamu selera sekeluarga.
AYAM SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih 5 sudu makan pes cili kering 2 sudu makan air asam jawa 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
Ads
1 biji bawang besar 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api.
Ayam sambal sedia dihidangkan dengan nasi tomato
KURMA DAGING BERKENTANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis dan lebar 3 biji kentang | belah 4 4 sudu makan rempah kurma 1 sudu teh serbuk lada sulah 1sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 1sudu makan serbuk ketumbar 1 liter santan 2 biji bawang besar | belah 6 2 biji tomato | belah 6 3 biji cili hijau | belah dua 3 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih
Ads
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 4 biji buah keras 3cm halia 2 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya.
Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang.
Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau.
Kacau seketika, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.
Teknik mendonut tanpa perlu diuli memang memudahkan kerja. Elok kembang gebu donut yang dihasilkan memang sesuai untuk ibu-ibu sibuk bekerja menyediakan donut ini. Selamat mencuba!
RESIPI DONUT GEBU TANPA ULI
BAHAN-BAHAN:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
*campurkan bahan di atas dan biarkan kembang
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti.
Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
Biarkan selama 30 minit atau sehingga donut kembang.. Lepas tu boleh goreng.
Menu nasi lemak memang menjadi kegemaran ketika sarapan. Digandingkan pula dengan aneka sambal antaranya sambal sotong, sambal kerang , ayam dan sebagainya. Namun sudah jadi kemestian bila nasi lemak dipadu dengan sambal ikan bilis, terangkat sedapnya jika pandai cara membuat sambalnya.Min kongsikan cara membuatnya.
Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan: Bawang putih Bawang merah Cili kisar Ikan bilis Minyak masak Pes asam jawa 2 biji bawang besar dipotong nipis Garam Gula Serbuk secukup rasa/ajinomoto
Cara-memasak: 1. Sediakan kuali 2. Panaskan dalam 2 senduk minyak masak. 3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat & toskan. 4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah) Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing. Warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk. 5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air. 6. Kacau rata.Masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak-budak tak suka makan bawang kan. Tapi bila buat macamni tak nampak ada bawang. Biasa orang berniaga nak bagi nampak banyak sambal letak bawang besar ni banyak-banyak. 7. Perlahankan api. Kacau sambal sampai betul-betul garing. Proses ini ambil masa sikit. Bila dah ramai orang bersin,bermakna sambal tu dah cukup garing. 8. Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat sikit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi. 9. Kacau rata. Rasakan garam dan gula secukupnya. Tutup api. Siap.
Nasi lemak
Bahan-bahan:
Beras
1 biji kelapa parut (kisar – 2 kali perahan santan) Garam secukup rasa Daun pandan Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)
Cara memasak: 1.Cuci beras bersih. 2.Masukkan santan mengikut sukatan beras yang nak dimasak. Sukatan air/santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ada yang jenis kena lebih air. Ada jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari. Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah. Sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dalam beras bila sukat paras air) 3.Masukkan garam. Kacau rata. 4.Daun pandan dicuci. Carik-carikkan. Ikat. 5.Masukkan dalam periuk nasi. 6.Masak guna periuk nasi atau masak guna dapur gas. Jika guna periuk nasi kadang-kadang bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk dan kecilkan api. 7.Masak sehingga nasi betul-betul masak.
Kredit : Chek Kuna Ahmad
INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!