Kalau korang masih fikir resipi lagi, ni dia dua idea lauk pauk untuk hujung minggu ini, ni resipi dari Datin Balqish Banu Mohd Hussni, isteri pengasas VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk Azril Mohd Radzi berbaloi untuk dicuba.
Best korang ringkas tapi sedap. Tak payah masak rumit-rumit. Ni untuk makan anak beranak aje, ingat tau beraya di rumah aje. Sambil menjamu selera sekeluarga.
AYAM SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih 5 sudu makan pes cili kering 2 sudu makan air asam jawa 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
Ads
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api.
Ayam sambal sedia dihidangkan dengan nasi tomato
KURMA DAGING BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis dan lebar 3 biji kentang | belah 4 4 sudu makan rempah kurma 1 sudu teh serbuk lada sulah 1sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 1sudu makan serbuk ketumbar 1 liter santan 2 biji bawang besar | belah 6 2 biji tomato | belah 6 3 biji cili hijau | belah dua 3 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 4 biji buah keras 3cm halia 2 cm lengkuas
Ads
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya.
Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang.
Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau.
Kacau seketika, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.
SEDANG MENCARI PETI SEJUK UNTUK SIMPAN DAGING KORBAN AGAR KEKAL SEGAR, JOM LAYARI DI SINI.
Sup Ayam Mamak resipi perkongsian saudari Hajal Aishah Zakirai ni memang terbaik. Panas, pekat dan cukup perisa. Memang layan habis! Jika keluarga anda sukakan hidangan bersup, menu ini wajib untuk anda cuba.
SUP AYAM MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – dipotong kecil
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
Kiub pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
Cili padi – diketuk
2 sudu makan ( atau lebih) tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
1 batang lobak merah- potong
3 biji ubi kentang – potong
2 liter air
BAHAN KISAR:
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) – jangan ambil yang halus-halus.
BAHAN PELENGKAP:
Daun ketumbar/daun sup/ daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian panaskan minyak dan tumis bersama buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan ayam diikuti ubi kentang, lobak merah, cili padi, air dan perasakan dengan garam serta kiub pati ayam.
Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum mengikut kepekatan yang dihendaki. ( empunya resipi tak letak)
Angkat dan tabur bahan pelengkap sebelum dinikmati.
Menu ringkas selalunya mampu membuka selera keluarga. Antaranya adalah ikan cencaru sumbat. Walaupun ringkas tetapi mampu buat anda makan bertambah sehingga menjilat jari. Makan pula dengan nasi panas, memang menaikkan lagi selera makan. Tidak susah pun mahu membuatnya, cuba guna resipi yang dikongsi oleh Eyda Zuraida ini.
Cili kering (direbus dan dikisar) – beli online DISINI
Sedikit belacan
Air asam jawa
Gula
Ajinomoto
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar bahan-bahan di atas.
2. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Potong bahagian belakang ikan dan sumbatkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Sambal tidak perlu dimasak terlebih dahulu tetapi jika mahu masak, tiada masalah.
4. Kemudian, gorengkan ikan menggunakan api perlahan.
Orang Malaysia Sekarang semakin ramai menyukai pasta, malah di kalangan orang muda dan kanak-kanak lebih menyukai pasta dari nasi. Untuk mempelbagaikan cita rasa kali ini RASA bawakan 10 menu olahan pasta sesuai dengan cita rasa orang Malaysia yang tidak kalah sedapnya. Anda semua boleh cuba atau boleh jadikan idea ini untuk cipta menu sendiri ikut selera keluarga.
SUP MAKARONI DAGING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni | rebus dan tos
200gm daging | rebus dan simpan airnya
1/2 batang seleri
3-4 biji padi | hiris
Sedikit hirisan daun bawang dan sup
1 batang serai | titik
Rempah Penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, & buah pelaga)
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu the serbuk lada sulah
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
BAHAN Kisar:
2cm halia
2cm lengkuas
5 ulas bawang merah
4 ulas bawag putih
CARA MEMASAK:
Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, rempah penumis dan bahan kisar hingga wangi.
Setelahnya masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga pecah minyak, tambahkan air rebusan daging.
Jika tidak cukup kuah tambah sedikit air.
Setelah kuah sup mendidih, masukkan hirisan daging dengan hirisan batang seleri.
Perasakan dengan lada sulah, hirisan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
Masukkan makaroni yang telah direbus dalam mangkuk.
Tuangkan sup dalam mangkuk makaroni tadi.
Kemudian tabur hirisan daun bawang dan sup di atasnya.
Sup macaroni sedia dihidangkan.
FETTUCINE KARI UDANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kuah Kari:
100gm isi dada ayam | hiris nipis dan kecil
500ml santan
Air secukupnya
1batang serai | titik
4-5 biji cili padi | hiris
2 keping asam gelugor
Rempah penumis ( kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
3sudu rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
Bahan Isian:
300gm pasta fettucine | rebus dan tos
200gm udang saiz XL | bersih dan goreng
1 keping fish cake | rebus dan hiris nipis
1 keping tauhu | hiris nipis
1/2batang lobak merah | hiris batang mancis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis bersama daun kari
Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan pula bancuhan campuran rempah kari dengan serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan isi ayam dan hirisan cili dan kacau lagi.
Masukkan santan, sedikit air dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan serai dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Masukkan pasta fettucine dalam mangkuk kemudian tuang kuah dan hias atasnya dengan udang goreng termasuk bahan hirisan lainnya.
Fettucine kari udang sedia dihidangkan.
FETTUCINE RENDANG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
200 gm pasta fettucine | rebus dan tos
150gm daging kisar
200ml santan pekat
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 hirisan lengkuas
2 hirisan halia
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili dan serbuk kunyit, terus kacau hingga timbul minyak.
Seterusnya masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
Masukkan pula santan, kacau rata dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bila kuah hampir pekat masukkan kerisik.
Kecilkan api dan terus kacah hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Setelah cukup rasa. Tutup api.
Masukkan fettucine dalam pinggan dan hias di atasnya dengan kari daging kisar.
Sedia dihidangkan.
PASTA LEMAK DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus dan tos
150gm daging salai | hiris nipis
300ml santan pekat
Sedikit air
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar dalam periuk.
Kemudian masukkan air, gaul rata dan renehkan di atas api sederhana.
Setelah mendidih tambahkan asam gelugor dan hirisan daging salai.
Seterusnya masukkan santan, kacau rata, jika agak pekat tambah sedikit air.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan bersama pasta.
PASTA MASAM MANIS BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus & tos
10-12 biji bebola daging
150ml susu segar
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
3 biji cili merah
1 biji tomato
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 tangkai daun ketumbar
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan santan, sos cili dan tomato, kacau rata.
Masukkan bebola daging, kacau lagi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan pasta dalam pinggan dan tuangkan kuahnya di atas pasta.
Pasta sedia dihidangkan.
PASTA SAMBAL UDANG TOMATO
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus dan tos
200 gm udang saiz XL | buang kulit dan bersihkan
1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan udang, kacau 2-3 minit.
Perasakan dengan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, setelah cukup rasa tutup api.
Masukkan pasta dalam mangkuk, kemudian tuangkan sambal di atas pasta.
Pasta sedia dihidangkan.
SUP PASTA AYAM PELANGI
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta sayur-sayuran kanak-kanak
100gm isi dada ayam | hiris kecil
50 gm sayur campur | jagung, lobak merah dan kacang hijau
1 kiub pati ayam
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh lada sulah
1 mangkuk air rebusan pasta
Bahan Cincang Halus:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan cincang hingga wangi.
Masukkan air rebusan pasta.
Setelah mereneh, masukkan ayam dan kuib pati ayam (telah dihancurkan).
Apabila ayam masak, masukkan pula dengan sos tiram, tomato dan cili.
Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukupnya.
Tutup api.
Masukkan pasta dalam mangkuk, kemudian tuang sup di atasnya.
Pasta sedia dihidangkan.
PASTA CENGKERANG GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta cengkerang | rebus dan tos
100gm isi dada ayam | hiris kecil
100gm udang | buang kulit dan cincang
1 biji bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
10 biji cili padi | hiris
2 batang serai | hiris halus
3 helai daun limau purut | hiris halus
2 sudu makan pes tomyam
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, serai dan daun limau purut.
Kacau seketika masukkan pes tomyam.
Tambahkan sedikit air dan masukkan hirisan isi ayam dan udang.
Perasakan dengan serbuk pati ayam. garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan pasta cengkerang, gaul rata.
Tutup api, pasta sedia dihidangkan.
PASTA SPIRAL GORENG KARI
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta spiral | rebus dan tos
1 cawan sayur campur
1 keping fish cake | hiris kecil
100gm isi ayam | hiris kecil
1 kiub pati ayam | hancurkan
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan yogurt
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air rebusan pasta
3-4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Setelah wangi masukkan bancuhan rempah kari bersama serbuk cili.
Setelah timbul minyak tambah di dalamnya sos tomato, cili dan tiram.
Kacau rata, kemudian masukkan hirisan ayam dan fish cake.
Seketika kemudian tambahkan dengan sayur campur dan sedikit air rebusan pasta.
Setelah sekata, masukkan yogurt dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan pasta, gaul rata dan tutup api.
Pasta goreng sedia dihidangkan.
PASTA PENNE GORENG TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta panne | rebus dan tos
50gm isi dada ayam | hiris kecil
50gm udang | buang kulit dan potong kecil
50gm sotong | hiris bulat
50gm hirisan cili benggala merah
50gm hirisan cili benggala hijau
50gm hirisan lobak merah
50gm hirisan kacang buncis
8 biji cili padi | hiris
2 sudu makan tauchu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau rata, kemudian tambah tauchu.
Kacau rata, masukkan pula hirisan isi ayam, udang dan sotong.
Seterusnya tambahkan sayur campur dan hirisan cili.
Perasakan dengan pati ayam yang telah dihancur, gula dan garam jika kurang masin.
Setelah cukup rasa, masukkan pasta dan hirisan cili benggala dan lobak merah,
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...