Lagi dua hari dah pun Raya Aidiladha. Kalau korang masih fikir resipi lagi, ni dia dua idea lauk pauk raya untuk korang cuba. Ni resipi dari Datin Balqish Banu Mohd Hussni,  isteri pengasas  VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk  Azril Mohd Radzi .

Best korang ringkas tapi sedap. Tak payah masak rumit-rumit. Ni untuk makan anak beranak aje, ingat tau beraya di rumah aje. Sambil menjamu selera sekeluarga.

AYAM SAMBAL MERAH

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih
5 sudu makan  pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas  bawang putih
3cm halia

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram.
  6. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api.
  8. Ayam sambal sedia dihidangkan dengan nasi tomato

KURMA DAGING BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:

1kg daging batang pinang | hiris nipis dan lebar
3 biji kentang | belah 4
4 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
1sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1sudu makan serbuk ketumbar
1 liter santan
2 biji bawang besar | belah 6
2  biji tomato | belah 6
3 biji cili hijau | belah dua
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1/2 cawan minyak masak

BAHAN REMPAH RATUS:

3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR:

8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji buah keras
3cm halia
2 cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya.
  4. Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
  5. Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang.
  6. Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit.
  8. Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau.
  9. Kacau seketika, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.

 

SEDANG MENCARI PETI SEJUK UNTUK SIMPAN DAGING KORBAN AGAR KEKAL SEGAR, JOM LAYARI DI SINI.

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Lauk Pauk Minang Untuk Hidangan Pagi Raya

SERTA RESIPI INI :

 

Koleksi Resipi Masakan Guna Daging Korban.

 

Ini 7 Menu Masak Sup Tulang & Daging Korban Paling Sedap.