Seronoknya tengok Datin Fatimah memasak sambil melayan karenah empat anaknya di dapur, Bukan calang-calang mak yang boleh masak sambil layan anak di dapur seperti ibu muda kepada empat cahaya mata, Afreal Idris,11, Afrieyan Idris,9, Afriena Irdina, 6 dan Afriessa Irdina,4 tahun.
Tak sangka, rupanya Datin Fatimah memang pakar masak Ketupat Daun Palas Utara. Tak sampai seminit dan siap satu ketupat dibalut memang laju dan kemas hasil kejadiannya. Dalam pada admin membelit-belit daun palas Datin dan siap 3-4 biji.. haha.
“Saya belajar balut ketupat ni sejak zaman sekolah lagi kerana inilah menu wajib keluarga saya di Kedah, Bila sudah selalu buat memanglah laju,” ujar Datin Fatimah ramah.
Sambil menunggu ketupat palas yang dikukus masak, Datin Fatimah kembali ke dapur untuk menyediakan tauhu sumbat kegemaran anak-anaknya pulak. Tidak sampai lima minit inti siap ditumis. Sambil memanaskan minyak, sempat menyumbat tauhu dengan inti, kemudian dicelup dalam telur dan digoreng. Ternyata ia mudah dan ringkas.
“Anak-anak suka tauhu sumbat inti sayur tapi khas untuk hari ini saya sediakan tauhu sumbat inti daging kisar. Tauhu sumbat ini sedap dihidangkan dengan sos cili,” cerita Datin Fatimah sambil menyumbat dan menggoreng tauhu sumbatnya.
Habis sahaja menggoreng tauhu, admin mencuba satu, makan panas-panas dengan sos pedas manis yang disediakan sendiri oleh beliau. Ditambah pula dengan tauhu yang ranggup, memang terbaik sebagai kudapan.
KETUBAT PALAS UTARA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
TAUHU SUMBAT DAGING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: