Datin Ira Ghani, Ayam Sambal Daun Karinya Paling Ummph…

Share

Kali ni Min nak berkongsi cerita personaliti VIP yang cantik bergaya ini. Melihat penampilannya yang glamour susah Min nak bayangkan keadaan Datin Dr Ira Ghani atau nama sebenarnya Nor Zaina Ghani ni bila sibuk di dapur.

Sebaik kamera diketik, laju sahaja Datin Ira , 41 tahun, memasak siap boleh bercerita lagak gaya seorang pengacara rancangan tv. Memanglah sebab wanita jelita ini dulu adalah bekas pengacara TV RTM dan pernah juga berlakun dalam drama sebagai pelakun undangan.

Melihat ketangkasannya, sukar dipercayai Pengarah Urusan Positive Image Resources dan Penceramah Motivasi Keusahawanan ini satu ketika dahulu tidaklah semahir sekarang bila memasak.

Namun sekarang sebut sahaja, apa masakan yang diingini oleh suami beliau Prof. Datuk Dr Ibrahim Ahmad, 52 tahun, dan dua ‘puteranya’ Muhammad Danish Irfan, 19 tahun serta Muhammad Danish Roshan, 15 

tahun semuanya mampu disediakan.

Di zaman remajanya Datin Ira juga adalah bekas olahragawan sekolah yang seringkali mewakili Pahang. Beliau juga memiliki Diploma Kecantikan dari Open University, padanlah solekannya kelihatan begitu alami dengan sapuan yang ‘flawless’.

Okay, berbalik bab kembara masakannya, ni  10 kisah menarik Datin Ira sehingga menjadi hebat memasak kini.  :

1. Boleh memasak sejak tingkatan 1 sebab duduk di asrama sekolah. Mula serius memasak setelah berkahwin semasa berusia 20 tahun.

2. Suami beliau Prof. Datuk Dr Ibrahim yang  pernah bekerja di bahagian F&B hotel ternama adalah pengkritik masakannya yang paling ‘pedas’.

4. Datin Ira Ghani dan keluarga suka masakan bersambal. Suaminya pula ‘pencinta’ kuah kari terutamanya kari ikan, ni baru betul-betul ‘tekak’ orang Kedah.

5. Datin Ira cukup suka dengan kuah labu dengan sambal belacan. Anak-anak pencinta makanan laut.

6. Kenangan lucu pernah masak sardin tuang terus dari tin. Ini hidangan ujian pertama ketika mula berkahwin.

7. Amalannya jika mahu cepat pandai masak , kena kerap memasak kerana ‘Practice Makes Perfect’.

8. Mengibaratkan memasak sama seperti menyolek. “Kena pandai blend, walaupun sekadar telur masak kicap kena ada skil dan tahu cara nak bawa masakan itu.”

9. Mengacau masakan arah lawan jam.

10. Meletakkan garam dalam masakan , sejurus sebelum tutup api untuk elakkan lauk cepat basi

.

“Hidup kita singkat, jadi nikmatilah kehidupan ini dengan gembira. Bagi saya kejayaan bukan diukur daripada berapa banyak duit yang kita ada tetapi bagaimana kita mengubah cara hidup. Yang penting segala pengalaman seharusnya menjadikan kita lebih kuat , tabah dan bersyukur dengan kehidupan,” pesanan Datin Ira kepada pembaca RASA untuk resipi hidup bahagia. Wow. inilah amalan kehidupannya, patut lah Datin Ira awet muda dan sentiasa manis wajahnya.

Nah, ini resepi ringkas untuk wanita berkerjaya. Ini sajian kegemaran keluarga Datin Ira untuk followers RASA :

AYAM SAMBAL DAUN KARI

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam |, digaul dgn garam kunyit dan digoreng hingga masak
  • 6 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan asam jawa | dicampur dengan setengah cawan air
  • 1 biji bawang besar | dipotong bulat
  • 2 batang serai | dititik
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk :

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2.Tumis bahan tumbuk serai dan daun kari hingga wangi.
3.Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
4.Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
5.Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
6.Masukkan ayam yang sudah digoren garam kunyit, gaul rata hingga bawang besar layu.
7.Tutup api. Hidangkan.

Published by
Faridah Talib