Datin Syazlina Bahardin ni sangat pandai masak terutama hidangan ala kampung. Cita rasa lidah Melayu memang amat tebal bagi wanita kecil molek ini. RASA mengucapkan terima kasih kerana beliau sudi berkongsi dua resipi yang sangat sedap iaitu pajeri nanas dan sambal kering ikan bilis petai.
Ads
Bersama sahabat baik, Datin Syazlina menjamu sahabatnya itu di kediamannya. Perunding Kewangan, Kay Bee Rahim memang kerap meluangkan masa dengan sahabatnya itu.
“Bukan kami berdua je yang berkawan baik. Mak ayah kami pun sama berkawan baik. Jadi hubungan ni takkan putus walau selepas kahwin kami ada kehidupan sendiri. Saya selalu juga raikan sahabat baik dengan menjemput dia datang rumah dan kami masak kemudian makan sama-sama,” ujar Datin Syazlina yang cantik berbaju hijau.
“Kalau tak sempat jumpa, kami selalu berhubung melalui whatsapp. Kami berdua suka berkongsi cerita. Ada je benda nak cerita. Bidang kami berdua pun berbeza. Saya buat bisnes bengkel baik pulih kenderaan di Bukit Serdang. Kay Bee pula perunding kewangan. Minat kami berbeza tapi boleh kongsi idea,” tambah Datin Syazlina.
RASA kongsikan di sini dua resipi istimewa Datin Syazlina. Jom cuba!
PAJERI NANAS
BAHAN TUMIS
Minyak masak untuk menumis
1 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji bunga lawang
1 sudu kecil cengkih
4 biji bawah merah | hiris
4 biji bawang putih | hiris
Ads
BAHAN TUMBUK
1 ibu jari halia
1 sudu besar udang kecil
6 biji bawang merah
6 biji bawang putih
BAHAN-BAHAN
1 peket kecil serbuk kari daging
1 biji nanas
2 sudu gula merah
2 sudu gula putih
1 biji kelapa | diambil santan pekat
Garam secukup rasa
1/2 biji kelapa parut | jadikan kerisik
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak masak. Masukkan bahan tumis dan tumislah sampai bau wangi.
2. Satukan serbuk kari daging dengan bahan tumbuk. Tumis lagi.
3. Masukkan nanas, gula merah dan gula putih. Biarkan seketika.
4. Masukkan santan, garam dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat.
SAMBAL KERING IKAN BILIS PETAI
Ads
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
1 labu bawang besar | tumbuk halus
2 ulas bawang putih | tumbuk kasar
15 tangkai cili padi | tumbuk kasar
Segenggam ikan bilis | tumbuk kasar
Petai secukupnya
Garam
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi.
2. Masukkan ikan bilis dan petai. Masak sehingga sebati.
3. Masukkan garam dan gaul sekata. Angkat.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin; permata hati dan kesayangan seluruh rakyat Malaysia. Malah beliau juga menjadi pujaan peminat di seluruh dunia. Pergilah kemana sahaja, bila sebut sahaja dari Malaysia, pasti ada orang asing yang menyebut nama selebriti manis ini.
Seperti yang semua tahu, semalam Datuk Seri Siti baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 39 tahun. Seronok tengok beliau dikejutkan team dari stesen radio tempatan. Meriah! Cipta sejarah ya. Setahu min, tak ada lagi selebriti yang dikejutkan sebegitu rupa. Rezeki ibu mengandung dan ternyata Siti memang disayangi ramai. Peminat dari Brazil pun wish birthday tau.
Sambil asyik layan ucapan hari jadi yang Siti terima di IG, mata terpandang beberapa posting masakan yang beliau kongsikan. Wahhh! Tok Ti rajin masak rupanya! Walaupun dalam sarat mengandung. Menu-menunya pun sangat sedap. Terliur dibuatnya. Patin Masak Tempoyak, Ayam Panggang, Kacang Pool, Asam Pedas, Karipap dan macam-macam lagi lah.
Selamat Hari Jadi@ctdk dari team RASA dan diharapkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa dipermudahkan segala urusan sehingga proses kelahiran nanti. Amin..
Tak sangka bab masak memasak Datin Anida Azmi memang pro terutamanya masakan kampung. Tak kalah, sebut saja nak makan apa mesti beliu masak. Patutlah selalu jemput kawan-kawan datang makan di kediamannya kerana tengok pada gaya lingat di dapur dah agak sememangnya Datin Anida pakar. Menariknya, kalau tanya resipi dalam sukatan yang betul, beliau tertawa kerana dia masak main campak-campak dan agak-agak tetapi tetap menjadi. Gitulah kalau dah pakar, Admin dan rasa keenakannya, kalau anda semua nak cuba ini dua resipi Datin Anida yang admin sharekan ye..
AYAM MADU MERAH
BAHAN-BAHAN:
1ekor ayam | potong sederhana, gaul bersama garam dan kunyit
7 sudu makan pes cili kering
4 sudu makan sos tomato
3 sudu besar madu
50gm sayur campur
4 batang serai | titik
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN HIRIS:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng ayam sehingga tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar, serai dan hiris hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering dan gula hingga wangi.
Seterusnya masukkan sos tomato, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air dan masukkan ayam dan sayur campur. Kacau sehingga sekata.
Sebelum angkat masukkan madu dan kacau seketika dan angkat untuk dihidangkan.
KARI DAGING TETEL BERSAMA KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel| rebus dengan sedikit halia
5 biji kentang | belah empat
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu rempah kari daging
1 sudu kerisik
1 cawan susu cair atau santan
2 keping asam keping
Rempah penumis | kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hirisan bersama rempah penumis, tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan daging tetel yang telah direbus bersama kentang. Masak hingga lembut.
Kemudian masukkan susu cair, asam keping, kerisik, garam, gula dan perasa secukupnya.
Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
Setelah sesuai rasa dan timbul minyak, tutup api dan kari daging sedia dihidangkan.
Baru berpindah di kediaman baru tidak menghalang wanita jelita yang juga pengasas produk Megah Perawan, Reena Zack, meraikan rakan-rakan yang ingin berkunjung. Baginya kehadiran teman-teman walaupun sudah biasa mereka tetap tetamu dan perlu diraikan. Reena bijak mencuri mencuri sedikit masa sibuknya untuk ke pasar membeli lauk pauk dan masuk dapur menyediakan sendiri masakan. Katanya, tak seronok kalau hidang juadah pada tetamu dengan makanan yang dibeli dari restoran. Biarpun hidangan ringkas beliau lebih senang menyediakan sendiri. Lagipun ramai di kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga bila ingin berkunjung di rumahnya, mereka akan meminta Reena masak.
“Mungkin sejak anak dara lagi saya jenis suka memasak kerana dari kecil lagi ibu ajar saya masak. Kebetulan pula selepas berkahwin, ibu mentua juga suka memasak, jadi kami serasi bersama di dapur. Ibu mentua banyak mengajar saya memasak masakkan kegemaran suami. Kebetulan suami orang Kedah, kebanyakan masakan mereka suka masakan pedas. Ibu mertua saya penah berkata, nak pikat hati suami mesti dengan cara menyediakan masakan kegemaranya dengan air tangan sendiri, . Barulah hubungan keluarga akan erat dan berpanjangan,” ujar Reena yang menjadikan hobi memasak sebagai terapi untuknya menghilangkan stres.
Reena dan suami memang suka meraikan rakan-rakan dengan membuat jamuan makan.
Seronok Raikan Kawan-Kawan
Beliau juga mengakui berasa puas bila lihat ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati air tangannya dengan seronok. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut mengeratkan silatulrahim kekeluargaan mahupun dengan rakan-rakan. Selepas terbabit secara langsung dalam bisnes, Reena dan suami sering menjemput rakan-rakan bisnes mereka mengadakan perbincangan di rumah.
“Untuk hari ini, saya sediakan menu kegemaran suami dan anak-anak iaitu Nasi Briyani yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam, Ayam Rose, Udang Petai dan Jelatah. Menu ini juga menjadi kegemaran kawan-kawan yang sering datang pada hari ini,” jelas Reena yang sangat mengutamakan soal diet keluarga kecilnya.
Cerita Reena beliau mahupun suami memang suka mengadakan makan-makan di kediaman mereka terutamanya di hujung minggu, dengan cara tersebut mereka dapat berkongsi sebahagian rezeki dengan orang lain. Ditambah pula jika dia berkesempatan menyediakan sendiri makanan untuk tetamunya.
Beritahu Reena, makanan akan kelihatan lebih sedap dan menyelerakan bila dihidangkan dengan sedikit kreativiti untuk menghiasnya di dalam pinggang atau mangkuk sebelum disusun atur di meja utama hidangan.
“Saya sangat mementingkan dekorasi untuk meja makan, hiasan bunga segar sering menjadi titik fokus tetamu ke meja makan untuk melihat juadah yang disediakan. Begitu juga dengan set pinggang mangkuk mesti sama corak dan warnanya. Ia penting walaupun hanya hidangan bersuama keluarga,”ungkap Renna ramah berkongsi pengalaman.
Utamakan Keluarga
Isteri kepada Khairi Aziry bin Wahid dan ibu kepada dua puterinya, Puteri Daniella Qistina Khairilaziry dan Adellia Auddra Khairilaziry mengakui bahawa menjadi kewajipan baginya sebagai isteri menyediakan masakan untuk keluarga dan memastikan makanan terserbut sihat dan berkhasiat.
“Pada tahun ini jadual harian saya sangat pada, Insya-Allah kalau ada rezeki kami nak pemperluaskan produk ke Indonesia serta negara jiran. Sesibuk mana sekalipun saya tidak akan abaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak saya. Saya akan masak setiap hari,baik untuk sarapan,makan tengahari mahupun makan malam. Biasaya sebelum bersiap ke pejabat,saya akan siapkan makanan sarapan dan makan tengahari. Ini kerana saya dan suami akan bawa bekal makan tengahari ke pejabat.
Kami suami isteri memang tidak suka makan di luar,” cerita Reena yang balik dari pejabat akan masuk dapur lagi bagi menyediakan makan malam pula.
Cerita Reena lagi sejauh mana kejayaan seseorang wanita itu, tempat paling dekat bersama keluarga sudah tentulah di dapur. Suami dan anak-anaknya akan seronok bila dia menyediakan menu kesukaan mereka. Kerana itulah dia percaya air tangan isteri membawa kebahagian keluarga.
Dalam menyediakan menu harian keluarga, Reena sangat mengutamakan makan sihat dan berkhasiat, terutama untuk dua puterinya. Setiap hari dia akan memastikan anak-anaknya mendapat nutrisi yang cukup melalui pemakanan yang disediakan Tidak hairanlah kalau dia sanggup setiap menyediakan menu salmon dan sayur yang menjadi kegemaran si kecilnya.
Perkembangan Bisnes
Ditanya mengenai perkembangan perniagaannya, Reena mengakui dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, beliau dan suami tetap positif dan memastikan strategi pemasaran akan terus rancak dilakukan. Ditambah pula dengan adanya kemudahan media sosial sekarang, Reena turut mengiatkan jualan melalui rangkaian jualan secara talian seperti melalui laman web, instagram dan Facebook.
“ Jatuh bangun dalam bisnes perkara biasa bagi saya, tetapi saya yakin dengan kualiti produk yang baik akan menyakinkan pelanggan baru dan mengikat pelanggan tetap saya. Masa yang sama produk saya adalah produk mampu milik kerana ia tidak terlalu mahal,” akhiri Reena yang kini mempunyai lebih dari 200 stokis dan hampir 1000 pengedar yang mengedarkan rangkaian produknya di Malaysia, Brunei dan Singapura.
RESIPI
Daging Masak Hitam
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | dinipis dan lebar
1 cawan kicap pekat
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula Melaka secukup rasa
Bahan Kisar:
5 batang serai
10 tangkai cili kering
3cm halia
8 ulas bawang merah
5 biji buah keras
6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih, kacau lagi.
Masukkan pula daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
Masukkan kicap pekat, air asam jawa, garam dan gula Melaka.
Kecilkan api dan biar mereneh atas api perlahan sehingga daging empuk dan kuat pekat.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Jika tidak mahu lama masak, rebus dahulu daging dengan kicap hingga empuk kemudian hiriskannya.
Ayam Rose
AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | dipotong ikut suka, cuci dan tos
1 biji bawang Holland | dihiris bulat
6 ulas bawang merah | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cili kering |dikisar
3cm halia muda | dikisar
Bahan penumis | Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
3 batang serai | titik
1/2 cawan kismis
1/2 cawan biji gajus | goreng sangan
1 cawan susu cair
Garam dan gula secuku rasa
Hirisan daun bawang | untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Goreng ayam separuh masak.
Keluakan minyak dan hanya tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis rempah penumis, hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar.
Kacau tumisan sehingga pecah minyak, kemudian masukkan susu cair, sos cili dan sos tomato, hirisan bawang, garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam goreng, biji gajus dan kismis, gaul rata dan hidangkan dengan hirisan daun bawang.
INFO CHEF:Jika tidak mahu susu boleh tukarkan dengan santan
Sambal Udang Petai
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
1 kg udang saiz XL | bersihkan
3 papan petai | ambil isinya sahaja
10 tangkai cili kering | kisar
6 ulas bawang merah | kisar
6 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukupnya.
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan petai, gaul rata kemudian masukkan udang bersama hirisan bawang Holland.
Gaul sehingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
Biarkan seketika, sehingga kuah pekat dan timbul minyak sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih manis dan sedap goreng dahulu udang dan juga petai.
Resipi nasi dagang sedap guna beras basmathi ini hasilnya memang enak. Nasi lembut berderai tapi cukup lemak dan harum bila siap dikukus bersama santan.Hidang...