Cantik manis, bergaya dan punya cita rasa yang tersendiri. Itulah Lana Nodin. Aura dan pesona jelita yang ada pada selebriti ini cukup mengagumkan dan membuat mata tak jemu memandang.

Kesempatan menjadi tetamu jemputan Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua ini membuka peluang kepada beliau untuk berkongsi cerita dan mengimbau kembali nostalgia Ramadan.

Datuk Chef  Wan & Lana Nodin Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Mudah Untuk Berbuka.

Jangan tak tahu, suri hati kepada Mohd Daud McKienzie ni bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi Lana juga memang pandai memasak dan handal di dapur tau. Lihat sahaja akaun instagram beliau. Banyak resipi ada dikongsi.

Nak cuba menu-menu istimewa yang dikongsi oleh Datuk Chef Wan dan Lana Nodin dalam episod kali ini ? Jom lihat resipi-resipinya. Sangat mudah, sedap dan anda boleh masak untuk berbuka di sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!

1. MASAK LEMAK DAGING SALAI

Datuk Chef  Wan & Lana Nodin Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Mudah Untuk Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg daging salai
  • 1kg santan pekat
  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • Cili merah
  • 3 batang serai
  • Daun kunyit
  • Asam keping
  • Garam

CARA MEMASAK

1. Kisarkan cili padi, cili merah, kunyit hidup dan sedikit air.

2. Masukkan air ke dalam periuk.

3. Kemudian masukkan santan dan kacau secara perlahan supaya tidak pecah minyak.

IKLAN

4. Selepas itu masukkan bahan kisar dan daging yang telah disalai ke dalam periuk.

5. Masukkan serai yang telah diketuk dan kacau daging sehingga menjadi empuk.

6. Masukkan daun kunyit yang telah dicarik dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.

7. Sedia untuk dihidangkan.

Datuk Chef  Wan & Lana Nodin Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Mudah Untuk Berbuka.

2. KUIH BAKAR

Datuk Chef  Wan & Lana Nodin Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Mudah Untuk Berbuka.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 helai daun pandan | kisar
  • 125ml air
  • 10 biji telur
  • 225gm gula kastor
  • 1 liter santan pekat
  • Garam
  • 2 sudu makan minyak 
  • 120gm tepung gandum
  • 2 sudu makan bijan
  • Pewarna hijau

CARA MEMASAK:

1. Kisarkan tepung gandum, gula kastor, telur, 1 cawan air pandan dan pewarna hijau.

2. Tapiskan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas adunan.

3. Campurkan dengan santan dan setengah sudu garam.

4. Panaskan acuan bunga kemboja. Kemudian diletakkan minyak  dan acuan dimasukkan semula ke dalam oven.

5. Taburkan bijan ke dalam acuan dan tuangkan adunan yang telah dibuat tadi ke dalam bekas acuan. Tambahkan lagi bijan di atas adunan.

IKLAN

6. Akhir sekali, masukkan ke dalam oven dengan suhu 180℃ selama 30-40 minit.

7. Setelah siap dibakar, sejukkan di luar.

8. Sedia untuk dihidangkan.

Datuk Chef  Wan & Lana Nodin Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Mudah Untuk Berbuka.

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Jangan lupa saksikan rancangan terbaru Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan popular tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia mereka..

Datuk Chef  Wan & Lana Nodin Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Mudah Untuk Berbuka.

Nak tahu siapa tetamunya? Kenalah tunggu dan tonton Rasa Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima & Prima HD (105 & 125).

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI