Datuk Chef Wan,Falyq Dan Radin Masak Bersama Ayam Masak Halia & Roti Sardin Salut Telur

Share

Rasa Nostalgia Ramadan kembali bersiaran dengan membawa pelbagai resipi istimewa sempena Ramadan ini. Memang buat anda semua terlur dengan juadah yang dikongsi oleh Datuk Chef Wan bersama tetamu jemputannya. Hari ini kecoh lagi bila Falyq & Radin  Amir dari konti radio bergabung menyiapkan juadah berbuka kegemaran kedua tetamu jemputan ini. Ada saja celoteh masing-masing yang mencuit hati.

Sambil memasak berborak tentang nostalgia Ramadan. Apapun resipi yang dikongsikan ini mudah buat dan memang menjadi kegemaran anda semua tatkala waktu berbuka dan sahur.

Jangan lupa saksikan episod seterusnya Rasa Nostalgia Ramadan dengan masakan dan tetamu jemputan yang hebat belaka.  Jom lah standby depan televisyen setiap jam 5:00 petang buka saluran Astro Prima 105 & 125 pada hari Isnin hingga Khamis.

Pada hari ini menunya sungguh istimewa iaitu Ayam Masak Halia dan Roti Sardin Salut Telur. Jom kita lihat bahan-bahannya.

AYAM MASAK HALIA
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 18)

1 labu bawang putih
2 ketul halia (dihiris) & (ditumbuk)

3 sudu sos tiram
Minyak bijan
Cili
Cendawan Shitake

Gajus
Daun bawang

Tepung jagung

Kicap cair
Kicap pekat

Cara memasak:
1. Goreng gajus terlebih dahulu dan dibawa keluar daripada kuali (ketepikan).
2. Salut ayam dengan tepung jagung dan halia yang ditumbuk halus.
3. Goreng ayam tersebut hingga masak. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan tinggalkan
sedikit minyak.
4. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
5. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, bijan dan ayam ke dalam kuali. Gaulkan bahan-bahan
tersebut.
6. Masukkan halia yang ditumbuk ke dalam kuali.
7. Selepas itu, masukkan cendawan ke dalam kuali. Gaul sehingga cendawan lembut.
8. Kemudian masukkan minyak bijan, sedikit air, gajus yang telah digoreng dan daun bawang
ke dalam kuali.
9. Gaul sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

 

ROTI SARDIN SALUT  TELUR
Bahan-bahan:
Sebuku roti
1 tin sardin
1⁄2 biji bawang besar (hiris nipis)
1⁄2 tangkai cili merah (hiris)
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
3 biji telur (dipukul seketika)
Sedikit tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)

Susu segar
Lada sulah

Cara memasak:
1. Roti dipotong tiga segi (potong bahagian kulit/bahagian kulit dibuang).
2. Pecahkan sardin, masukkan cili, bawang dan sardin.
3. Masukkan 1 biji limau dalam sardin (gaulkan).
4. Masukkan lada sulah dalam sardin (2 sudu).
5. Lenyekkan dan gaul semula.
6. Masukkan daun bawang hiris ke dalam sardin dan gaul.
7. Pukul telur, masukkan garam dan susu.
8. Panaskan minyak.
9. Letak inti atas roti, tutup roti dan celup ke dalam telur.
10. Goreng sampai masak. Sedia untuk dihidangkan

 

 

 

Published by
Putri