Kehamilan Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi bualan ramai dan sememangnya antara yang ditunggu-tunggu oleh para peminat. Setelah 11 tahun melayari bahtera rumahtangga dan menanti sekian lama, akhirnya pada 19 Mac yang lalu, Siti telah selamat melahirkan seorang ‘baby princess’.
Kelahiran sang puteri yang diberi nama sementara Fatimah Az Zahra, ternyata menggembirakan seluruh peminat selebriti ini bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Brunei dan Singapura. Malah turut sama mendoakan kesejahteraan selebriti ini adalah ulamak tersohor, Mufti Menk.
Lebih mengujakan, semalam Siti telah memuatnaik foto pertama bersama sang puteri bersama status berisi penghargaan serta ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan beliau sekeluarga.
Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dll. Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik. Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini. Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor. #BabyCTDK
Siti juga berkongsi pakaian pertama yang dikenakan oleh sang puteri menerusi Instagram. Dalam rakaman video yang mendapat 1.5 juta tontonan itu, kedengaran juga suara si kecil. Wah..boleh tahan powernya.
Ni pula menu berpantang pertama yang Datuk Siti nikmati selepas selamat bersalin hari tu. Nampak sedap kan?
Kita yang tengok pun rasa teruja. Terpancar nikmatnya menjadi seorang ibu. Didoakan semoga Datuk Seri Siti Nurhaliza terus menikmati hari-hari bergelar bonda kepada anakanda tercinta dengan penuh rasa gembira dan bahagia.