Daun Jambu Batu, Rahsia Alami Untuk Cantik & Sihat.

Share

Mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat daun jambu batu yang berfungsi untuk mencerahkan wajah.

Kandungan antioksidan pada daun jambu batu dapat membantu mengeluarkan sel kulit mati sehingga kulit akan tampak lebih sihat dan cerah.Jika wajah anda kusam atau tidak bermaya, apa kata guna petua ini.

Caranya, tumbuk halus daun jambu batu, campurkan dengan sedikit kunyit, setelah itu titiskan air mawar secukupnya.Ia boleh dijadikan sebagai masker selama 15 minit pada bahagian wajah dan leher.

Jika digunakan secara rutin maka, kulit anda akan kelihatan cerah, halus, dan tentunya sihat. Daun jambu ni mengandungi antioksidan dan pelbagai vitamin yang berguna untuk badan sebenarnya.

Antara petua lain yang boleh diamalkan ialah dengan mengamalkan minum teh daun jambu batu.

Caranya, rendam 7 helai daun jambu batu dalam air panas selama 15 minit. Tapis airnya. Kemudian, rebus ekstrak daun jambu batu tersebut bersama dengan teh. Tambahkan gula atau madu agar rasanya lebih sedap.

Boleh juga amalkan minum rebusan daun jambu batu tanpa dicampur dengan apa-apa ramuan lain. Air rebusan ini sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Ada banyak khasiat lagi selain untuk mencerahkan wajah, bagaimanapun ia bergantung juga kepada keserasian anda.

1. Membantu Menurunkan Berat Badan

Daun jambu batu dapat membantu mengawal selera makan dan menurunkan berat badan dengan cepat. Jus daripada daun jambu batu ini dapat memperlahankan karbohidrat kompleks diubah menjadi gula dengan cepat. Ini dapat mengelakkan pengumpulan lemak berlebihan.

2. Menurunkan Kolesterol

Jus daun jambu batu ini membantu menurunkan kolesterol jahat tanpa mempengaruhi kolesterol baik dalam tubuh.

3. Mencegah Diabetes

Teh daun jambu batu ini dapat menurunkan kadar glukosa dalam tubuh dengan mengurangkan keaktifan enzim alpha-glucosidease. Oleh itu, kadar gula dalam darah akan turun tanpa meningkatkan pengeluaran insulin dalam tubuh.

4. Mengurangi Masalah Cirit Birit

Dapat membantu mengurangkan masalah cirit birit atau sakit perut. Rebus daun dan akar jambu batu dalam 5 gelas air.Tapis airnya, kemudian minum semasa perut kosong.

5. Melancarkan Pencernaan

Teh daun jambu batu melancarkan pencernaan dengan merangsang pengeluaran enzim pencernaan. Amalan ini dapat mencegah keracunan makanan dan membuang toksik dalam badan.

6. Mengatasi Masalah Mulut

Masalah mulut seperti sakit gigi, sakit kerongkong dan gusi bengkak dapat diatasi dengan teh daun jambu batu. Caranya giling daun menjadi pes. Tampalkan pada gusi dan gigi yang bermasalah.

7. Mengubati Demam Denggi

Jus daun jambu batu membantu mengurangkan demam dan membunuh segala jenis kuman dalam tubuh. Rebus 5 helai daun jambu batu dalam 5 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal separuh airnya. Minum bila suam.

8. Mencegah Kanser Prostat

Pengambilan jus daun jambu batu secara rutin juga dapat mencegah kanser prostat.

9. Meningkatkan Sistem Produksi Lelaki

Amalan minum daun jambu batu setiap hari dapat meningkatkan kesuburan dan jumlah sperma pada lelaki.

10. Mengubati Alergik

Vitamin yang ada dalam daun jambu batu mencegah alergik seperti kegatalan dan tidak selesa pada kulit. Lumatkan daun jambu dan tampal pada bahagian gatal tersebut. Kaedah ini juga boleh mengurangkan rasa sakit akibat gigitan serangga.

11. Menghalang Keguguran Rambut.

Rebus daun jambu dan biarkan ia sejuk. Gunakan air rebusan itu untuk membasuh kepala dan urut perlahan-lahan kulit kepala. Juga boleh tampal daun jambu yang dilumat pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan.

12. Merawat Jerawat dan Jeragat.

Ambil daun jambu, ramas dan lumatkan bersama sedikit kunyit. Tampal pada jerawat dan jeragat. Zat yang ada pada daun jambu batu ini dapat menghapuskan bakteria pada kulit muka.

 KREDIT :FB  Elly Aziz

ANDA SEDANG MENCARI MESIN PENGISAR, PEMPROSES MAKANAN TERBARU, JOM LAYARINYA DI SINI BANYAK PILIHAN MENARIK MENANTI.

JOM SEMAK VIDEO MASAKAN MENARIK INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib