Daun pandan sememangnya antara daun herba beraroma yang sangat banyak gunanya dalam masakan. Bermula dari penyediaan kuih muih, minuman hinggalah ke penghasilan lauk pauk, daun ini banyak digunakan sebagai penambah rasa, penyedap sajian dan memberikan warna pada masakan.
Nigella Lawson
Terbaru, chef selebriti terkemuka antarabangsa, Nigella Lawson menjangkakan bahawa daun pandan akan menjadi trend makanan terbaru dan bakal menjadi kegilaan penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Menurut beliau, trend penggunaan daun pandan dalam masakan dilihat semakin popular di kalangan pengusaha restoran juga suri rumah di Amerika Syarikat. Malah bahan ini juga hanya menunggu masa untuk menceroboh ke dapur-dapur di Britain.
Daun pandan yang dijangkakan bakal menjadi bahan masakan popular di UK & AS foto: thai-food-online.co.uk
Chef ini juga berkata semakin ramai tukang masak di Amerika yang mula memasukkan pandan ke dalam masakan roti dan kek mereka kerana baunya yang wangi seakan vanilla.
Di Amerika dan UK, daun pandan kini dilihat semakin popular dan mungkin akan menggantikan avokado untuk menjadi trend global terbaru. Saya rasa ia akan menjadi Matcha yang baru. Saya mungkin silap, tapi kita nampaknya berminat kepada benda itu (daun pandan). – Nigella Lawson.
Ia suatu yang tidak mustahil. Menurut The Independent, Nigella sememangnya terkenal sebagai seorang trensetter kerana sebelum ini beliau pernah menyebabkan hasil jualan avacado mencanak naik sebanyak 30% apabila beliau membawanya ke kaca TV.
Jika benar apa yang dijangkakan ini, rakyat Malaysia patut berbangga kerana kita terlebih dahulu kenal dan guna daun pandan ni. Malah ia juga boleh menjadi satu permulaan bagi usahawan-usahawan Malaysia untuk mengkomersilkan daun pandan ke peringkat antarabangsa.
Manisan yang boleh dihasilkan menggunakan daun pandan. Foto: Blog Nina Mahdar.
Bila tahu mat salleh pun dah hargai herba tempatan ni, rasa bangga pula kan? Naik semangat nak masak pun ada. Ha…Jom admin belanja resipi Ayam Pandan Thai. Mudah & Sedap!
AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
Ads
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
4 biji bawang putih | kisar halus
1 biji bawang besar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
3cm lengkuas | kisar halus
6 tangkai cili padi | kisar halus
2 batang serai dihiris halus | kisar halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
Ads
Info chef: Jika hendak cepat, ayam bolehlah diperap selama dua jam.
Anda suka makan sawi jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, anda terpaksa belinya di pasar. Kadang kala ragu juga mengenai status halal sawi jeruk ini, tahap kebersihan dan proses pembuatannya. Kini, anda boleh hasilkan sawi jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ija Honey ni. Pasti sedap.
RESIPI SAWI JERUK HOMEMADE YANG DIYAKINI HALAL GUNA 5 BAHAN
CARA-CARA: 1.Potong sawi dan rendam sekejap untuk buang kotoran yang melekat pada sayur. Basuh dan toskan. 2. Lumur garam kasar pada seluruh kelopak sawi.
3. Bila semua kelopak sudah dilumur, letak sawi dalam bekas besar. Perap selama 4 jam. 4. Selepas 4 jam, basuh sawi dengan air bersih untuk membuang lebihan sisa garam kasar. Keringkan.
1. Masak air dan garam. Bila air telah mendidih, tutup api dan sejukkan. 2. Bila air garam telah sejuk, masukkan kunyit serbuk dan tepung beras. Kacau hingga larut. 3. Ambil sawi yang telah dikeringkan tadi. Rendam dalam air perapan. 4. Perap selama seminggu dan jadilah sawi jeruk. Bolehlah digunakan dalam masakan.
Ni min nak kongsi dengan korang lauk pauk yang biasa dihidang masa kenduri oleh orang -orang belah Selatan terutamanya dari Melaka, Johor dan Singapura. Sesuai juga dijadikan menu rumah terbuka.
Sukatannya dicadangkan untuk rumah terbuka berskala sederhana. Resipi ni hasil idea tenaga pengajar dan Chef Rahayu Farhana Awang Kechik, Chef Amir Hamzah Omar dan Chef Mohd Nazli Mohd Nawi dari Food Institute of Malaysia (FIM).
1. SAMBAL PENGANTIN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
500gm paru lembu | direbus dan dipotong kecil
500gm hati lembu | direbus dan dipotong kecil
1kg daging lembu
500gm udang saiz sederhana | disiang dan direbus
12 biji bawang besar | dikisar
20 ulas bawang putih | dikisar
9 sm halia | dikisar
8 batang serai | dikisar
50gm cili kering | direbus dan dikisar
20 biji cili merah | dikisar
150gm udang kering (dikisar)
1/2 botol kecil kicap manis
7 biji bawang besar | dipotong baji
7 biji cili merah | dihiris
7 biji cili hijau | dihiris
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Rebuskan hati, paru, dan daging lembu hingga empuk, sejukkan dan potong kepada saiz kecil. 2. Udang dikopek kulit dan direbus. 3. Tumiskan bawang besar,bawang putih, halia dan serai yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Masukkan cili kering, cili merah, dan udang kering yang dikisar. Teruskan menggoreng hingga cili benar-benar masak 5.Masukkan hati,paru dan daging yang direbus dan dipotong kecil. Masukkan sedikit air bagi mengelakkan bahan masakan terlalu kering dan garing. 6.Masukkan kicap manis, perasakan dengan garam dan gula 7. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau yang telah dipotong.
INFO CHEF : Gula boleh dikurangkan kerana kicap manis sudah memberikan rasa manis. Hati,paru dan daging hendaklah direbus berasingan dan air rebusan daging boleh digunakan untuk menggantikan air.
Saiz hidangan : 50 orang Masa Memasak : 1 jam Cara Memasak : Rebus dan tumis Jenis Masakan : Lauk utama, Singapura Keistimewaan : Rasa yang manis pedas membangkitkan selera sesuai dijadikan makanan istimewa perayaan dan majlis perkahwinan
2. KAMBING KURMA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5kg daging kambing | dipotong dadu
20 biji bawang besar | dikisar
5 labu bawang putih | dikisar
15sm halia | dikisar
20 batang serai | diketuk
20 tangkai daun kari
16 cm kayu manis
30 biji buah pelaga
24 kuntum cengkih
10 kuntum bunga lawang
30 sudu makan rempah kurma
30 sudu makan pes cili kering
20 sudu makan pes tomato
500gm kismis | dikisar
5 liter santan
10 biji bawang besar | dipotong baji
20 biji cili merah | dihiris
20 biji cili hijau | dihiris
30 biji ceri tomato | dibelah dua
Daun ketumbar secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak, tumis empat sekawan dan daun kari hingga naik bau. 2. Masukkan bahan yang dikisar dan serai yang diketuk, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan rempah kurma, cili kisar, pes tomato masak hingga rempah betul-betul masak dan wangi. 3. Masukkan kambing dan air secukupnya, renehkan hingga daging kambing empuk dan lembut 4 .Setelah daging kambing empuk, masukkan kismis yang telah di kisar dan diikuti dengan santan. Perasakan dengan garam dan gula. 5 .Akhir sekali sebelum tnutup api, masukkan bawang,cili merah,cili hijau, tomato ceri dan daun ketumbar.
INFO CHEF : Rasa kurma ini pedas dan manis dari kismis
Saiz hidangan : 70 orang Masa Memasak : 1 jam Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk utama, Johor Keistimewaan : Rasa berempah dan manis dari kismis sangat istimewa dan ada kelainan dari kurma biasa.
3. LAKSA KATONG SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
Bahan kuah laksa :
5kg udang saiz sederhana | buang kulit dan direbus
5 liter air rebusan udang | dari kulit dan kepala yang dikopek
15 biji bawang besar | dikisar
5 biji bawang putih | dikisar
25sm halia | dikisar
12sm lengkuas | dikisar
30 sudu makan cili kisar
20 sudu makan pes tomato
10 sudu makan rempah kari
1 liter santan
Garam secukupnya
Gula secukupnya
10 keping asam keping
30 helai daun limau purut
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Bahan-bahan untuk dihidang bersama:
5 kg laksa basah | dicelur
1 kg udang |direbus
20 biji telur rebus | dibelah empat
10 biji bebola ikan
20 keping kek ikan
160gm taugeh | dicelur
Daun ketumbar secukupnya | dihiris halus
Cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK: 1. Kopek udang dan rebuskan, kulit dan kepala udang juga direbus. 2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan cili kisar, pes tomato dan rempah kari. 3. Terus menumis hingga naik bau. Masukkan juga sedikit air untuk mengelakkan rempah hangit. 4. Masukkan air rebusan udang. 5. Masukkan santan, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan asam keping dan daun limau purut. 6. Sediakan bahan-bahan (dihidang bersama), susun di dalam mangkuk, tuangkan kuah dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Rempah hendaklah di tumis betul-betul masak untuk menambahkan aroma Laksa Katong.
Saiz hidangan : 50 orang Masa Memasak :1 jam Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Makanan sampingan, laksa Singapura Keistimewaan : Rasa lemak dan manis dari udang membuatkan laksa ini sangat menyelerakan
4. ASAM PEDAS DAGING
BAHAN-BAHAN;
5kg daging | dihiris cuci dan toskan
23 batang serai | dititik
22 helai daun limau purut | dihiris
30 tangkai daun kesum | dilurutt
8 sudu makan pes asam jawa
60 sudu makan cili kisar
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup rasa
Gula melaka secukup rasa
BAHAN TUMIS:
700gm bawang merah | hiris
5 biji putih | hiris
25 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
8 sudu teh jintan kasar
8 sudu teh jintan halus
12 batang kulit kayu manis
BAHAN KISAR HALUS:
8 biji bawang besar
3 biji bawang putih
30 biji buah keras
25 sm kunyit hidup
25sm belacan
25sm halia
25sm lengkuas
6 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK : 1 .Panaskan minyak didalam periuk, masukkan bahan tumis dan serai, tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan tumis hingga garing. 2. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 3. Masukkan daging, daun kesom dan daun limau, gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga daging empuk. 4. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan sedikit gula melaka. Masak hingga pekat dan tutup api.
INFO CHEF: Daging boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti. Tambahkan tomato ceri untuk rasa yang lebih manis
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 1 jam, 30 minit Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka Keistimewaan : Rempah ratus dalam hidangan asam pedas daging untuk menampah aroma.
5.DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN;
5kg daging
22 batang serai | dititik
40-50 sudu makan cili kering | dikisar
30 sudu makan kicap manis
30 sudu makan kicap masin
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
1 kg bawang merah | dikisar kasar
10 biji | dikisar kasar
26sm halia | dikisar kasar
10 batang kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging selama 30 minit kemudian dihiris 1.2sm.Tumbuk daging yang telah dihiris menjadi leper kemudian diperap bersama kicap manis dan kicap masin. 2. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah perap hingga garing. 3. Keluar sebahagian minyak dan tinggal sedikit untuk menumis bahan tumis dan serai. 4. Tumis hingga harum. 5. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 6. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul rata. 7. Daging dendeng sedia dihidangkan
INFO CHEF: Bahan tumisan perlu ditumis garing bagi menghasilkan rasa dendeng yang terbaik
Saiz hidangan : 60-70 orang Masa Memasak : 1 jam 30 minit Cara Memasak : Rebus, goreng,dan tumis Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka Keistimewaan : Rasa pedas manis sangat istimewa dengan daging yang diperap dan di goreng garing menambah rasa pada masakan.
6. KARI AYAM KAPITAN
BAHAN-BAHAN:
5 kg daging ayam
20 helai daun limau purut
20 sudu makan jus limau purut
15 liter santan
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
50 ulas bawang merah | dikisar
30 ulas bawang putih | dikisar
25sm halia | dikisar
25sm kunyit hidup | dikisar
30 biji cili merah | dikisar
30 biji cili hijau | dikisar
30 biji buah keras | dikisar
10 sudu teh belacan | dikisar
20 sudu makan serbuk kari| dicampur air jadikan pes
30 biji buah pelaga
30 kuntum bunga cengkih
10 batang kayu manis ( 1.3 sm)
10 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK: 1. Kisarkan serai, cili merah, bawang putih, kunyit hidup, bawang merah, buah keras dan belacan di dalam pengisar. 2. Kemudian tumis sehingga terbit aromanya yang wangi bersama rempah 4 sekawan. 3. Seterusnya masukkan rempah kari ayam dan tumis hingga terbit minyak. 4. Masukkan daun limau, air dan ayam. Kacau sehingga sebati dan biarkan reneh selama 15 minit. 5. Kemudian, tuangkan jus limau purut, santan dan teruskan mengacau selama seminit. 8. Tunggu sehingga ayam menjadi empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kari sedia untuk dihidang.
INFO CHEF :Selain nasi, kari ayam kapitan juga sesuai dimakan bersama pulut kuning atau roti jala.
Saiz hidangan : 65- 70 orang Masa Memasak : 1 jam 30 minit Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka Keistimewaan : Kari ayam berempah yang pekat dan beraroma semerbak
7. SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN PETAI
BAHAN-BAHAN:
3 kg ikan bilis
2 mangkuk tahi minyak
30 papan petai | ambil isi sahaja
28 cawan air
1 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis dan menggoreng
BAHAN TUMIS:
60 biji bawang merah | dikisar
30 ulas bawang putih | dikisar
15 batang serai | dikisar
30 sudu makan belacan | dikisar
42 sudu makan cili kering kisar
CARA MEMBUATNYA : 1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis, diikuti petai. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal secukupnya untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili ki 4. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga garing kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga terbit minyak. 5. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, petai dan tahi minyak. kemudian perasakan dengan garam dam gula secukup rasa. 6. Tutup api dan ssambal sedia dihidankan
INFO CHEF: Enak, pedas, dan kaya dengan rasa petai.
Saiz hidangan : 45- 50 orang Masa Memasak : 40 min Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Sambal, Melaka Keistimewaan : Ikan bilis rangup dan cili kering ditumis sempurna faktor utama sambal sedap
8. URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH
BAHAN-BAHAN:
1kg taugeh
1kg daun pegaga | dihiris kasar
1kg daun selom | dihiris kasar
40 sudu makan udang kering | dikisar halus
50sm cekur | dikisar halus
100 biji bawang besar | dikisar halus
40 biji bawang putih | dikisar halus
100 tangkai cili kering | direbus dan dikisar
1kg kelapa parut
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 2. Sejukkan bahan tumis seketika. 3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk besar. 4. Kemudian masukkan bahan urap yang telah disejukkan tadi. 5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Kelapa parut ambil bahgian putih sahaja lebih lemak dan sedap.
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 20min Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Kerabu / pembuka selera Keistimewaan : Ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan
9. IKAN KERISI SAMBAL HIJAU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
60 ekor ikan kerisi | digoreng
90 ulas bawang merah | dikisar
55 ulas bawang putih | dikisar
200sm cekur | dikisar
270 cili padi hijau | dikisar
60 biji cili hijau | dikisar
1 liter santan
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan. 2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sedikit air. 3. Setelah pecah minyak, masukkan santan. Kacau dan renehkan hingga santan pekat. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, 5. Akhir sekali tuang ke atas ikan yang telah siap digoreng. 6. Sambal ikan sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 40 min Cara Memasak : Goreng dan tumis Jenis Masakan : Hidangan utama Keistimewaan : Sesuai di makan dengan nasi panas-panas
10. AYAM UNGKEP BERSAMA TEMPE
BAHAN – BAHAN :
5kg ayam
20 biji bawang besar | dikisar halus
60 ulas bawang putih | dikisar halus
50 sm halia | dikisar halus
50sm lengkuas dikisar halus
40 batang serai | dikisar halus
50 biji cili padi | dikisar halus
12sm kunyit hidup | dikisar halus
10 sudu makan jintan putih biji | disangai dan kisar kering (kasar)
Minyak masak secukupnya CARA MEMASAK : 1. Ayam dibasuh bersih dan di toskan. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus hingga wangi dan pecah minyak, 3. Masukkan bahan sangai dan kisar kasar, kacau lagi. 4. Seterusnya masukkan ayam dan air secukupnya. Renehkan ayam hingga masak. 5. Perasakan dengan garam dan gula. 6. Akhir sekali masukkan tempe yang telah dipotong dan digoreng. 7. Gaul rata,tutup api. Ayam ungkep sedia dihidangkan
INFO CHEF :Jika suka boleh d tambah sedikit lada hitam untuk rasa lebih pedas.
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 1jam Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Makanan kebanggaan masyarakat Jawa, tak perlu santan senang dimasak.
TERIMA KASIH : FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA (FIM), 41-51, Jalan SS 6/12, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor. FB : Food Institute of Malaysia
Buah-buahan sangat enak dan berkhasiat namun jangka hayatnya tidak panjang dan tidak mampu kekal segar dalam jangka masa yang lama. Buah seperti Blueberi atau Beri Biru adalah salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai dek kerana khasiatnya yang tinggi serta rasa yang enak.
Namun buah kecil ini ada musimnya dan tidak selalu ada. Maklumlah ia diimport dari luar negara.
Walaupun tidak ditanam di Malaysia namun ia tidak bermakna rakyat negra ini tidak berpeluang untuk merasa dan menikmati keenakan serta kebaikan buah istimewa ini.
Tidak perlu menunggu musim blueberi untuk merasai kebaikannya kerana U.S Highbush Blueberry Council Malaysia menerusi kempen #GrabABoostofBlue akan sentiasa memastikan rakyat Malaysia boleh menikmati buah ini dengan mudah sepanjang tahun.
Didatangkan dalam bentuk sejuk beku (frozen), kering dan serbuk, buah Beri Biru ini boleh dinikmati dengan pelbagai hidangan kegemaran anda.
Sebagai contoh, Beri Biru sejuk beku boleh dijadikan sebagai pencuci mulut atau minuman sihat yang enak. Beri Biru kering pula boleh dijadikan sebagai snek sihat ketika menonton tv atau dinikmati bersama bijirin sarapan. Malah serbuk Beri Biru juga sesuai ditambah dalam minuman, topping kek dan bermacam-macam lagi. Terpulang pada kreativiti anda!
Buah kecil ini kaya dengan antioksidan, vitamin C dan A yang membantu badan supaya lebih sihat dan terhindar dari radikal bebas yang merosakkan sel serta tisu badan. Malah ia juga dikatakan membantu menurunkan tekanan darah tinggi, menghindarkan penyakit, baik untuk mata dan bermacam-macam lagi.
Bagusnya buah Beri Biru ni! Jadi nikmatilah kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam buah ini setiap masa tanpa perlu risau lagi. Dapatkannya di pasaraya besar berdekatan anda dan mulakan hari anda dengan lebih sihat dan ceria.