Daun Pandan Bakal Popular & Jadi Trend Makanan Terbaru di UK & AS

Share

Daun pandan sememangnya antara daun herba beraroma yang sangat banyak gunanya dalam masakan. Bermula dari penyediaan kuih muih, minuman hinggalah ke penghasilan lauk pauk, daun ini banyak digunakan sebagai penambah rasa, penyedap sajian dan memberikan warna pada masakan.

Nigella Lawson

Terbaru, chef selebriti terkemuka antarabangsa, Nigella Lawson menjangkakan bahawa daun pandan akan menjadi trend makanan terbaru dan bakal menjadi kegilaan penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Menurut beliau, trend penggunaan daun pandan dalam masakan dilihat semakin popular di kalangan pengusaha restoran juga suri rumah di Amerika Syarikat. Malah bahan ini juga hanya menunggu masa untuk menceroboh ke dapur-dapur di Britain.

Daun pandan yang dijangkakan bakal menjadi bahan masakan popular di UK & AS foto: thai-food-online.co.uk

Chef ini juga berkata semakin ramai tukang masak di Amerika yang mula memasukkan pandan ke dalam masakan roti dan kek mereka kerana baunya yang wangi seakan vanilla.

Di Amerika dan UK, daun pandan kini dilihat semakin popular dan mungkin akan menggantikan avokado untuk menjadi trend global terbaru. Saya rasa ia akan menjadi Matcha yang baru. Saya mungkin silap, tapi kita nampaknya berminat kepada benda itu (daun pandan). – Nigella Lawson.

Ia suatu yang tidak mustahil.  Menurut The Independent, Nigella sememangnya terkenal sebagai seorang trensetter kerana sebelum ini beliau pernah menyebabkan hasil jualan avacado mencanak naik sebanyak 30% apabila beliau membawanya ke kaca TV.

BOLEH CUBA: RESIPI KUIH SERABAI LEMBUT

Jika benar apa yang dijangkakan ini, rakyat Malaysia patut berbangga kerana kita terlebih dahulu kenal dan guna daun pandan ni. Malah ia juga boleh menjadi satu permulaan bagi usahawan-usahawan Malaysia untuk mengkomersilkan daun pandan ke peringkat antarabangsa.

Manisan yang boleh dihasilkan menggunakan daun pandan. Foto: Blog Nina Mahdar.

ANDA MESTI SUKA: RESIPI CENDOL HOMEMADE

Bila tahu mat salleh pun dah hargai herba tempatan ni, rasa bangga pula kan? Naik semangat nak masak pun ada. Ha…Jom admin belanja resipi Ayam Pandan Thai

. Mudah & Sedap!

 

AYAM PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong  6-8 ketul
  • 4 biji bawang putih | kisar halus
  • 1 biji bawang besar | kisar halus
  • 3cm halia | kisar halus
  • 3cm lengkuas | kisar halus
  • 6 tangkai cili padi | kisar halus
  • 2 batang serai dihiris halus | kisar halus
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Daun pandan secukupnya
  • Minyak masak  untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
  2. Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
  3. Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
  4. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
  5. Ayam pandan siap untuk dihidangkan.

 

Info chef: Jika hendak cepat, ayam bolehlah diperap selama dua jam.

 

BACA JUGA:  CARA KEKALKAN KESEGARAN DAUN PANDAN LEBIH DARI SEBULAN

 

Published by
Nur