
Susah nak hidang makanan jika meja makan anda selalu dikunjungi semut. Apatah lagi jika ada kuih muih manis. Cuba cara tradisional ni. InsyaAllah berkesan untuk selamatkan makanan lebihan berbuka yang nak di simpan sementara di atas meja dari di hurung semut. cuba petua ini.

Kredit petua & gambar: Farahanie Rashid via MAHN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Cara Bangkitkan Aroma Rempah Ratus & Herba Dalam Masakan.

Masakan Melayu kaya dengan ramuan rempah ratus dan herba. Hal inilah yang menjadikan rasa dan aroma masakan tradisi kita agak unik dan setiap masakan yang dimasak mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri, tidak sama antara satu sama lain. Namun bukan mudah untuk membangkitkan aroma dan rasa istimewa ini. Ini RASA kongsikan empat cara mudah untuk membangkit aroma bahan ramuan dan rempah ratus.

Ketuk Atau Titik
Bahan ramuan keras seperti lengkuas, halia dan serai mesti di titik atau diketuk sebelum digunakan, cara ini membuat aroma dan rasanya lebih mudah keluar dan dirasai. Anda boleh menggunakan anak lesung batu atau belakang pisau untuk mengetuknya. Atau boleh juga kisar, sementara untuk daun kunyit boleh saja dicarik-carik dan disimpulkan.

Goreng Sangai
Aroma dan rasa rempah akan lebih terasa jika ia digoreng sangai lebih dahulu. Antara rempah ratus yang boleh disangai, ia termasuklah ketumbar biji, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan juga bunga cengkih. Kemudian baru dikisar kasar atau halus. Goreng sangai adalah proses menggoreng tanpa minyak di atas api kecil dan sentiasa dikacau. . Rempah ratus yang digoreng sangai juga boleh tahan lebih lama.

Carik-Carik Dan Simpul
Daun kunyit, pandan dan limau purut adalah daun-daun yang digunakan dalam masakan kerana aromanya. Untuk memastikan aromanya keluar dan sebati dalam masakan, koyak atau carikkan dedaun tersebut sebelum masukkan dalam masakan dan menjadikan araoma dan rasa masakan tersebut lebih sedap. Untuk daun pandan dan daun kunyit boleh dicarik kemudian simpul.

Hiris Atau Ikat
Dedaun seperti daun bawang, ketumbar dan saleri perlu dihiris sebelum dimasukkan dalam masakan. Sedangkan tujuan menghiris itu adalah untuk mengeluarkan baud an rasa. Tetapi jik anda tidak mahu tergigit daun ini semasa makan, an da masih boleh mendapatkan aromanya dengan cara simpulkan sahaja daun ini selepas dicuci bersih.
Jangan lupa dipraktikan info ini supaya masakan anda semakin lebih sedap dan kaya dengan aromanya.
Teknik Senang Nak Mengasah Pisau Blender Yang Tumpul. Tiada Alasan Nak Beli Baru.

Sakit betul hati dikala nak memasak dengan cepat, tetapi pisau blender pula tumpul. Lama dikisar, tak juga hancur bawangnya. Dah rugi masa. Lebih sakit hati jika ia berlaku disaat anda nak mengadakan majlis kenduri dan keraian. Beli blender baru pun boleh tahan juga harganya. Jangan risau kerana ada cara yang boleh anda cuba untuk menajamkan pisau blender anda tanpa perlu mengeluarkan kos yang mahal. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk garam kasar
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Keluarkan garam dan bersihkan blender.
Info: Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!
Ini 4 Tip Bubur Pulut Hitam Masak Sempurna & Tidak Berjelatah

Bubur pulut hitam yang anda masak tidak sempurna seperti diharapkan walaupun sudah menggunakan beras pulut yang baik dan santan yang segar. Jangan risau ini ada tip mudah yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda itu. Diharapkan dengan tip mudah Bubur Pulut Hitam anda menjadi lebih lembut, pekat dan lemak manis seperti yang diharapkan:-

Pilih Beras Pulut Hitam Kualiti.
Beras pulut hitam yang keras, halus dan bewarna hitam pekat adalah yang terbaik. Semakin keras dan hitam pulut, semakin tinggi kandungan kanjinya. Sebaiknya, cuci bersih beras pulut hitam sebelum direbus.
Rendam Pulut Semalaman
Agar pulut hitam masak sempurna dan tidak tidak berjelatah semasa di rebus, anda perlu rendam dahulu pulut hitam sekurang-kurangnya enam jam atau semalaman sebaik-baiknya. Dengan cara ini tekstur pulut lebih mudah lembut dan proses memasak menjadi cepat dari biasa.

Sentiasa Kacau Bubur Semasa Di Masak
Setelah pulut yang anda rebus kembang sekata, masukkan bahan campuran seperti santan, gula, daun pandan dan sedikit garam. Anda perlu sentiasa kacau bubur untuk mengelakkan ia berkerak atau melekat pada periuk. Jika terlalu pekat tambah santan jika terlalu pekat.
Tambahkan Tepung Jagung Jika terlalu cair
Selepas santan dimasukkan dalam bubur masih cair, anda boleh tambahkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kecilkan api dan masukkan dalam bubur dan terus kacau rata hingga kuah menjadi pekat seperti diinginkan.

